SEMAKAN STATUS BINGKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BINGKAS SELANGOR RM300 SETIAP BULAN
Sebuah bantuan kewangan iaitu BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga-keluarga di Selangor terutamanya yang berpendapatan rendah dapat menampung perbelanjaan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status BINGKAS 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN RAYUAN STR (FASA 4 2025 BANTUAN)
AMAUN BAYARAN BINGKAS 2026
Bantuan BINGKAS dibayar kepada penerima yang layak dengan nilai amaun yang sama setiap penerima sebanyak berikut :
| BAYARAN BINGKAS SETIAP BULAN | BAYARAN BINGKAS SETAHUN |
|---|---|
| RM300 | RM3,600 |
CARA AGIHAN BINGKAS 2026
Bagi memudahkan dan menggalakkan rakyat membuat pembelian tanpa tunai (cashless), Bantuan BINGKAS diagihkan secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam akaun e-Wallet aplikasi ‘Selangkah’ yang boleh dimuat turun secara percuma sahaja.
Dengan akaun e-Wallet tersebut, penerima boleh membuat pembelian barang keperluan asas dan buat bayaran dengan menggunakan Kod QR e-Wallet ‘Selangkah’ di mana-mana kedai atau pasaraya terpilih.
SENARAI BARANG BINGKAS 2026
Antara barang-barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan BINGKAS yang dikreditkan dalam e-Wallet ‘Selangkah’ adalah :
- ๐ Beras.
- ๐ Mi dan Bihun.
- ๐ Roti.
- ๐ช Biskut.
- ๐ฅ Telur.
- ๐ง Gula dan Garam.
- ๐ฅซ Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- ๐พ Tepung.
- ๐ข๏ธ Minyak masak.
- ๐ฅฆ Sayuran dan buah-buahan.
- ๐ฅฉ Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- ๐ฅ Produk tenusu โ susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- ๐ Ubat-ubatan
- ๐งผ Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- ๐ผ Lampin pakai buang.
- ๐ Barangan persekolahan โ kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- ๐ Perihal pendidikan โ buku sekolah / akademik.
SYARAT STATUS BINGKAS 2026
Pemohon yang berstatus ‘Lulus’ Bantuan BINGKAS adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin / ibu bapa tunggal;
- Ada anak sekurangnya 2 orang (umur bawah 18 tahun);
- Pendapatan bawah RM5,000 sebulan;
- Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Selangor.
SEMAKAN STATUS BINGKAS 2026
Bagaimanapun, status kelayakan permohonan Bantuan BINGKAS bagi tahun 2026 boleh disemak mengikut panduan mudah dan lengkap di bawah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah‘ dalam telefon pintar anda melalui :
- App Store / Play Store / App Gallery (mengikut kesesuaian jenis telefon).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Lengkapkan pendaftaran akaun anda.
- Aktifkan akaun e-Wallet.
- Terus ke bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan permohonan anda.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya ‘Layak’ bayaran BINGKAS akan dikreditkan setiap bulan.
RUJUKAN LANJUT BINGKAS
Secara rasminya kami menulis artikel ini berdasarkan sumber daripada laman Portal Rasmi BINGKAS dan dikongsikan untuk memudahkan carian dan fahaman orang ramai berkaitan Bantuan BINGKAS. Untuk maklumat lebih lanjut dan sahih, sila buat rujukan di bawah :
- Laman Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/.
- Laman Pertanyaan BINGKAS : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Talian Bantuan BINGKAS : 1800-22-6600