SEMAKAN STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAK SEGERA PEMBAYARAN BANTUAN ANDA
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah kepada hampir 100,000 golongan miskin dan miskin tegar Sabah yang layak kini memasuki Fasa akhir pembayaran (Fasa 4), dan akan mula disalurkan kepada penerima mengikut kadeah pembayaran yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status bayaran syukur sabah fasa 4 2025? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU SYUKUR SABAH?
Bantuan Syukur Sabah atau (Sentuhan Kasih Rakyat) ialah Program Bantuan Tunai Kerajaan Negeri Sabah kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Bantuan ini mula dilaksanakan sejak awal tahun 2025, dan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak, berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan PADANS (Pangkalan Data Miskin Negeri Sabah).
Objektif pelaksanaan SYUKUR Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
AMAUN BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Pembayaran Program SYUKUR SABAH Fasa 4, 2025 seperti berikut:
| FASA PEMBAYARAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 4 | RM900 |
Catatan : Kadar bantuan Fasa 4 adalah kadar bayaran untuk tiga (3) bulan serentak iaitu bermula bulan Oktober sehingga Disember 2025.
SIAPA YANG LAYAK BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’;
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024 atau;
- Ketua Isi Rumah (KIR) belum tersenarai dalam sistem eKasih tetapi pendapatan isi rumah mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4
Pembayaran Program SYUKUR SABAH 2025 seperti berikut:
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 4 | Oktober – Disember 2025 |
Catatan : Tarikh Pembayaran akan dimumumkan melalui notifikasi SMS kepada penerima yang layak.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025
Status Kelayakan Bantuan Sabah boleh disemak secara online seperti berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian (Semakan Permohonan) di sebelah kiri skrin.
- Kemudian, Tekan Butang [Semak].
- Pengguna akan dibawa ke Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, https://syukur.sabah.gov.my/
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan anda akan di paparkan di sini.
- Sekiranya anda LAYAK anda akan menerima Bayaran ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Bank Akaun | Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Bantuan akan diberikan secara tunai |
| Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp | Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet YONO Superapp yang didaftarkan oleh penerima |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR SABAH) 2025, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]