SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap penerima adalah berbeza-beza dari segi kadar bantuan, tarikh dan cara bayaran. Oleh itu, setiap penerima perlu menyemak status bayaran masing-masing.
Bagaimanakah semakan status bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY KASIH BARANG KEPERLUAN : SEMAK SENARAI DAN STATUS PENERIMA
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 2025
Layari pautan Portal Rasmi mySTR di bawah untuk semakan status bayaran Fasa 3 :
- Pautan Portal Rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Ikuti panduan cara semak status bayaran Fasa 3 seperti berikut :
- Pada halaman utama, klik [TUTUP] untuk notis makluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status [Maklumat Bayaran] Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN STR FASA 3 2025
Kadar bayaran STR Fasa 3 adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA BAYARAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan cara bayaran STR Fasa 3 mengikut jenis penerima :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dibayar melalui pengkreditan ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun bank penerima atau akaun bank pasangan |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Bayaran Bantuan STR Fasa 3 akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Ogos 2025 |
Penerima Baharu | Ogos 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.