SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Selain daripada sebagai Kad Pengenalan Diri, IC boleh digunakan untuk pembayaran tanpa tunai (cashless) kerana mempunyai ciri khas Touch ‘n Go. Oleh itu, Kerajaan memperkenalkan inisiatif bantuan tanpa tunai iaitu Sumbangan Asas Rahmah yang dikreditkan dalam IC rakyat Malaysia.

Bagaimanakah semakan status Bantuan RM100 IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYSARA DALAM IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JENIS BAYARAN BANTUAN DALAM IC 2025

Terdapat dua (2) jenis bayaran Bantuan Dalam IC, iaitu dilaksanakan seperti berikut :

  • Bayaran secara ansur setiap bulan kepada 5.4 juta penerima sedia ada.
  • Bayaran secara sekaligus (one-off) kepada 22 juta rakyat dewasa termasuk penerima sedia ada.

KADAR BAYARAN BANTUAN DALAM IC 2025

Berikut adalah kadar bayaran setiap bulan dan sekaligus dalam IC penerima :

  • Kadar Bayaran Setiap Bulan :
PENERIMA SEDIA ADA
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
PENERIMA SEDIA ADA
(ASAS BUKAN MISKIN)
Isi Rumah :
RM100 (3 bulan)
RM200 (9 bulan)
Isi Rumah :
RM100 (9 bulan)
Warga Emas :
RM100 (3 bulan)
RM150 (9 bulan)
Warga Emas :
RM50 (9 bulan)
Bujang :
RM50 (12 bulan)
Bujang :
  • Kadar Bayaran Sekaligus (one-off) :
PENERIMA SEDIA ADA
(MISKIN & MISKIN TEGAR)
PENERIMA SEDIA ADA
(ASAS BUKAN MISKIN)
PENERIMA BAHARU
(SEMUA RAKYAT)
Isi Rumah :
RM100
Isi Rumah :
RM100
Isi Rumah :
RM100
Warga Emas :
RM100
Warga Emas :
RM100
Warga Emas :
RM100
Bujang :
RM100
Bujang :
RM100
Bujang :
RM100

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 IC 2025

Pembayaran Bantuan Dalam IC dilaksanakan mengikut tarikh seperti jadual berikut :

BAYARAN SETIAP BULANBAYARAN SEKALIGUS
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
31 Ogos 2025

SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 IC 2025

Untuk mengetahui status kelayakan penerima Bantuan dalam IC, ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Untuk semakan status kelayakan penerima bayaran sekaligus (one-off) adalah bermula 21 Ogos 2025.

SEMAKAN BAKI BANTUAN RM100 IC 2025

Baki Bantuan yang ada dalam IC perlu disemak secara online melalui aplikasi Touch ‘n Go atau secara fizikal. Ikuti cara semakan baki seperti berikut :

Cara semakan baki secara online :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (IC).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam IC akan dipaparkan.
  9. Selesai.

Cara semakan baki secara fizikal :

  1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
  2. Letakkan kad pengenalan (IC) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
  3. Baki duit dalam IC akan dipaparkan.
  4. Selesai.

Atau :

  1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
  2. Berikan IC kepada juruwang untuk imbasan baki dalam IC.
  3. Juruwang akan berikan resit baki dalam IC.
  4. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment