SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEGERA
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperkenalkan sejak tahun 2023 oleh Kerajaan MADANI yang mana penyalurannya unik kerana bantuan dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan / MyKad yang membolehkan penerima untuk menggunakannya bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status penerima Bantuan MyKad 2026? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC RM2400 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON
SYARAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA yang ditetapkan untuk penerima bagi tahun 2026 :
- Kelayakan Penerima Setiap Bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Pendapatan bawah garis kemiskinan (PGK) bagi yang berstatus miskin; dan
- Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 bagi yang berstatus asas.
- Kelayakan Penerima Sekaligus :
- Warganegara Malaysia;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
- Tiada had pendapatan;
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKAD 2026
Jumlah pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad setiap bulan dan sekaligus adalah berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
- Pengkreditan Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA MISKIN | PENERIMA ASAS |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan hingga RM2,400 setahun | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan hingga RM1,800 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan hingga RM1,200 setahun | RM50 sebulan hingga RM600 setahun |
- Pengkreditan Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | SEMUA RAKYAT (TERMASUK PENERIMA ASAS & MISKIN) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 (suami) dan RM100 (isteri) |
| Warga Emas | RM100 |
| Bujang | RM100 |
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD 2026
Pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad untuk sepanjang 2026 adalah berdasarkan jadual berikut :
| JENIS PENGKREDITAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| Pengkreditan Setiap Bulan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
| Pengkreditan Sekaligus | Pertengahan Februari 2026 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD 2026
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA dalam MyKad boleh disemak secara online melalui aplikasi mudah alih (MyKasih) seperti panduan semakan yang lengkap di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]