SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA RM200 SETIAP BULAN
Rakyat dewasa Malaysia khususnya ketua isi rumah (KIR) yang berdaftar dengan e-Kasih serta tersenarai dalam pangkalan data unit penyelarasan pelaksanaan akan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tertinggi setiap bulan sebanyak RM200 sehingga RM2,100 setahun.
Bagaimanakah semakan status Bantuan eKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD
KADAR BANTUAN SARA EKASIH 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah seperti berikut :
- Penerima Daftar e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan hingga RM2,100 setahun;
- Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan hingga RM1,650 setahun;
- Bujang : RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun.
- Penerima Bukan e-Kasih :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan hingga RM900 setahun;
- Warga Emas : RM50 setiap bulan hingga RM450 setahun;
- Bujang : Tiada peruntukan.
SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2025
Bagi yang telah mendaftar e-Kasih boleh membuat semakan status pendaftaran seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SARA EKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA e-Kasih, ikuti panduan semakan status berikut :
- Sila layari portal rasmi SARA; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA EKASIH 2025
Pengkreditan Bantuan SARA kepada penerima e-Kasih dan bukan e-Kasih adalah pada tarikh seperti berikut :
PENERIMA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA e-Kasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.