SEMAKAN SKAS SARAWAK 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak ke-19, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan diteruskan pada tahun 2026 dengan peningkatan kadar bantuan kepada RM640 juta yang akan memberikan manfaat kepada lebih satu juta penerima di Sarawak.

Bagaimanakah semakan skas sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN BANTUAN SARA DALAM IC FASA DISEMBER 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN DUIT BANTUAN (RM200 & RM100 & RM50)

PENGENALAN SKAS SARAWAK

Kerajaan Negeri Sarawak melaksanakan inisiatif bantuan kewangan khas melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan peruntukkan sebanyak RM640 juta untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi serta meringankan beban kos sara hidup yang dihadapi.

CARA PELAKSANAAN SKAS SARAWAK 2026

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak dilaksanakan seperti berikut :

  • Bantuan kewangan secara tanpa tunai (cashless);
  • Pembayaran setiap empat (4) bulan sekali (bersamaan tiga kali bayaran).
  • Kredit bantuan disalurkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-dompet);
  • Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar.
  • Contoh Makan asas : beras, tepung, minyak masak.

KELAYAKAN PENERIMA SKAS SARAWAK 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 mestilah terdiri daripada :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024;

Kategori Penerima

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Tiada had umur.
  • Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  • Warga Emas
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

AMAUN BANTUAN SKAS SARAWAK 2026

Amaun Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)KADAR BANTUAN
SETIAP FASA (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM5,000 dan kebawah
RM950RM316
Warga emas tanpa pasangan dan anak
berpendapatan RM5,000 dan kebawah
RM500RM166
Bujang
Berpendapatan RM2,500 dan kebawah
RM300RM100

Catatan : Bantuan akan diagihkan kepada penerima untuk setiap empat bulan sekali.

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2026

Status kelayakan Sumbangan Kepeluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SKAS di sini:
    https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/
  2. Halaman utama Portal SKAS akan dipaparkan.
  3. Kemudian, klik [Check Eligibility].
  4. Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan tanpa (-)
  5. Tekan [Search].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2026

Permohonan Bantuan SKAS Sarawak tahun 2026 masih belum dibuka. Namun, kelayakan penerima SKAS adalah secara automatik berdasarkan penerima STR 2024 tanpa sebarang permohonan.

Sekiranya anda layak menerima bantuan SKAS tetapi tidak tersenarai sebagai penerima, anda boleh mengemukakan permohonan menggunakan Sarawak ID atau SarawakPass, dan jika belum mempunyai Sarawak ID atau SarawakPass, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu.

Panduan Lengkap permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di pautan berikut : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/
  2. Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
  3. Klik pada butang [Sarawak ID Login].
  4. Masukkan [Sarawak ID].
  5. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  6. Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan benar dan tepat.
  8. Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply]
  9. Permohonan telah dihantar; dan
  10. Selesai

Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL untuk menerima pembayaran, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:

  1. Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari :
    • Google Play Store (pengguna Android);
    • Apple App Store (pengguna iOS).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
  3. Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
  4. Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
  5. Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
  6. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment