SEMAKAN SEMULA SPM 2025 : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan adalah merujuk kepada proses kerja yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan sekiranya terdapat permohonan daripada calon peperiksaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan pada tahun semasa.
Bagaimanakah semakan semula SPM? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SESI 3.0
PERATURAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM
Berikut merupakan peraturan penyemakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
- Perlu membuat semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pengumuman rasmi keputusan (24/04/2025 hingga 23/05/2025);
- Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap mata pelajaran.
- Permohonan penyemakan semula keputusan perlu dibuat sepenuhnya secara dalam talian di : elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).
CARA DAFTAR APLIKASI e-LEMBAGA PEPERIKSAAN UNTUK SEMAKAN SEMULA SPM
Bagi yang belum membuat pendaftaran e-Lembaga Peperiksaan untuk semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), perlu mendaftar seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di sini : https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Klik pada bahagian [Daftar Akaun].
- Isi maklumat pada ruangan yang disediakan dengan betul.
- Setelah selesai, klik pada butang [Daftar].
- Notifikasi PENDAFTARAN BERJAYA akan dihantar.
- Semak e-mel yang dihantar.
- Klik pada pautan yang dihantar untuk pengesahan pendaftaran.
- Selesai.
CARA MOHON SEMAKAN SEMULA SPM 2025
Ikuti cara permohonan semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah :
- Sila layari laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di sini : https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Klik [X] untuk pengumuman.
- Masukkan alamat e-Mel dan kata laluan seperti yang didaftarkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pilih menu [Semak Semula] untuk membuat permohonan menyemak semula keputusan SPM.
- Kemudian, pilih menu [Semak Status] untuk menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat.
- Keputusan akan dipaparkan ‘KEKAL’ atau ‘BERUBAH’.
- Sekiranya keputusan dipaparkan adalah ‘KEKAL’, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
- Sekiranya keputusan dipaparkan adalah ‘BERUBAH’, calon perlu mengambil tindakan berikut :
- Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan Sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu;
- Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
- Selesai.
TEMPOH PENGELUARAN SALINAN SPM
Tempoh pengeluaran salinan penyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 19914 – satu (1) jam.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
- Lain-lain peperiksaan tujuh (7) hari bekerja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.
Sijil spm