SEMAKAN SEMULA SPM 2025 : PERMOHONAN SECARA ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 telah menerima keputusan pada 24 April 2025, Khamis lalu. Namun, terdapat segelintir calon yang boleh menyemak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya terdapat perubahan gred.
Bagaimanakah semakan semula SPM secara online? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PENDAFTARAN LESEN PERCUMA : SESI 2025 PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE SEKARANG
TEMPOH SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) telah menetapkan tempoh untuk calon menyemak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa 30 hari sahaja daripada tarikh pengumuman keputusan iaitu 24 April 2025 sehingga 23 Mei 2025 sahaja.
PERATURAN UNTUK SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2025
Antara peraturan yang ditetapkan untuk calon menyemak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu :
- Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap mata pelajaran.
- Permohonan penyemakan semula keputusan perlu dibuat sepenuhnya secara dalam talian di : elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan (e-LP).
- Perlu membuat semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pengumuman rasmi keputusan (24/04/2025 hingga 23/05/2025);
PANDUAN PENDAFTARAN UNTUK SEMAKAN SEMULA SPM 2025
Bagi calon yang belum mendaftar dalam e-Lembaga Peperiksaan, ikuti panduan cara pendaftaran berikut :
- Sila layari laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di sini : https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Klik pada bahagian [Daftar Akaun].
- Isi maklumat pada ruangan yang disediakan dengan betul.
- Setelah selesai, klik pada butang [Daftar].
- Notifikasi PENDAFTARAN BERJAYA akan dihantar.
- Semak e-mel yang dihantar.
- Klik pada pautan yang dihantar untuk pengesahan pendaftaran.
- Selesai.
PANDUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA SPM 2025
Setelah selesai mendaftar akaun e-Lembaga Peperiksaan, calon boleh terus membuat permohonan untuk menyemak semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan di sini : https://elp.moe.gov.my/auth/login.
- Klik [X] untuk pengumuman.
- Masukkan alamat e-Mel dan kata laluan seperti yang didaftarkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pilih menu [Semak Semula] untuk membuat permohonan menyemak semula keputusan SPM.
- Kemudian, pilih menu [Semak Status] untuk menyemak status permohonan setelah pembayaran dibuat.
- Keputusan akan dipaparkan ‘KEKAL’ atau ‘BERUBAH’.
- Sekiranya keputusan dipaparkan adalah ‘KEKAL’, slip keputusan peperiksaan sedia ada kekal terpakai.
- Sekiranya keputusan dipaparkan adalah ‘BERUBAH’, calon perlu mengambil tindakan berikut :
- Calon sekolah perlu menghubungi Setiausaha Peperiksaan Sekolah masing-masing untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu;
- Calon persendirian perlu menghubungi Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan yang baharu.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Semakan Semula Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.