SEMAKAN SARA STR : SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

SEMAKAN SARA STR : SEMAK SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini memasuki pembayaran bulan Oktober, dan boleh dibelanjakan oleh penerima untuk barang keperluan asas di kedai terpilih.

Bagaimanakah semakan sara str 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BUDI95 : CARA REGISTER BANTUAN SUBSIDI MINYAK PETROL RON95 2025

SEMAKAN SARA STR

APA PERBEZAAN SARA RM100 ONE OFF DAN SARA STR?

Perbezaan antara Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan adalah seperti berikut :

SUMBANGAN ASAS RAHMAH
(SARA)
RM100 ONE-OFF

SUMBANGAN ASAS RAHMAH
(SARA) STR
Bantuan Khas Kerajaan Sempena Sambutan Hari KebangsaanBantuan lanjutan daripada Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sekali Bayaran (ONE-OFF)Bayaran Setiap Bulan
Kadar Bayaran
RM100 Sekali Bayar
Kadar Bayaran antara
RM50 sehingga RM200 sebulan
(bergantung kepada kategori penerima)
Dilaksanakan Pada 31 Ogos 2025Dilaksanakan bermula
April sehingga Disember 2025
Semua Warganegara berusia 18 tahun dan ke atasPenerima STR dan berstatus Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
Semua KategoriKategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

SEMAKAN KADAR SARA STR

Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)KADAR BAYARAN BULANAN
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
Bujang (STR & eKasih)RM600RM50 (Januari – Disember)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM)KADAR BAYARAN BULANAN
(RM)
Isi Rumah (STR sahaja)RM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM450RM50 (April – Disember)

SEMAKAN SARA STR

Status Kelayakan Penerima SARA STR boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal MyKasih :

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SENARAI BARANG

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan (diperkenalkan Mei 2025)

SENARAI KEDAI SARA

Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco)

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA GUNA

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA STR

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Adakah perlu mohon SARA?
    • Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data STR & eKasih.
  2. Bila semakan SARA dibuka?
    • Portal Rasmi MyKasih dan STR telah untuk semakan status kelayakan penerima.
  3. Adakah semua penerima STR layak SARA?
    • Tidak semua. Hanya penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan penerima STR yang tersenarai dalam eKasih / miskin tegar yang layak.
  4. Bagaimana bantuan SARA disalurkan?
    • Bantuan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam penerima untuk membeli barangan keperluan asas dengan hanya menggunakan MyKad.
  5. Adakah boleh bantuan SARA untuk semua barangan?
    • Tidak. Hanya barangan dalam 14 kategori asas yang diluluskan boleh dibeli menggunakan bantuan SARA.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment