SEMAKAN SARA RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN SARA RM100 MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan adalah khas kepada 5.4 juta penerima sedia ada yang berdaftar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih. Manakala, pengkreditan sekaligus adalah kepada 22 juta rakyat dewasa termasuk penerima sedia ada.

Bagaimanakah semakan SARA RM100 MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH DALAM IC : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH KREDIT SARA RM100 MYKAD 2025

Pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad penerima adalah mengikut tarikh seperti jadual berikut :

TARIKH KREDIT
SARA DALAM MYKAD
SETIAP BULAN
TARIKH KREDIT
SARA DALAM MYKAD
SEKALIGUS
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 202531 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025

CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Kunjungi kedai yang terpilih yang berhampiran dan ikuti cara pembelian guna Bantuan SARA dalam MyKad seperti berikut :

  1. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA di rak tanda harga).
  2. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  3. Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

*Pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah Bantuan SARA yang ada dalam MyKad.

JUMLAH BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA dalam MyKad penerima sepanjang tahun 2025 :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SEKALIGUS
ISI RUMAHRM200 (Isi Rumah Miskin)
RM100 (Isi Rumah Bukan Miskin)
RM100 (Suami)
RM100 (Isteri)
WARGA EMASRM150 (Warga Emas Miskin)
RM50 (Warga Emas Bukan Miskin)
RM100 (Semua Warga Emas)
BUJANGRM50 (Bujang Miskin)RM100 (Semua Bujang)

SEMAKAN STATUS SARA RM100 MYKAD 2025

Ikuti cara semakan status penerima SARA seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN BAKI SARA RM100 MYKAD 2025

Baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui tiga (3) medium, iaitu :

  • Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status duit SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki duit SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki SARA dalam MyKad.
    3. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment