SEMAKAN SARA MYKASIH DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Fungsi lain bagi Kad Pengenalan Diri (IC) rakyat Malaysia adalah dapat digunakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) daripada Kerajaan dan dapat digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) tanpa perlu membuat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah semakan SARA MyKasih dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH DALAM IC
Bayaran Bantuan SARA MyKasih dilaksanakan secara setiap bulan kepada penerima Miskin Tegar dan Bukan Miskin. Bayaran Bantuan SARA tambahan pula dilaksanakan sekali bayar (one-off) kepada semua rakyat Malaysia mengikut tarikh berikut :
| JENIS PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN SARA DALAM IC |
|---|---|
| Setiap bulan (Penerima Miskin Tegar Dan Bukan Miskin) | 15 Januari 2025 1 Februari 2025 1 Mac 2025 1 April 2025 1 Mei 2025 1 Jun 2025 1 Julai 2025 1 Ogos 2025 1 September 2025 1 Oktober 2025 1 November 2025 1 Disember 2025 |
| Sekaligus (Semua Rakyat Dewasa Termasuk Penerima Sedia Ada) | 31 Ogos 2025 |
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH DALAM IC
Pembayaran Bantuan SARA MyKasih dalam IC setiap bulan dan sekaligus adalah sebanyak jumlah berikut :
- Bayaran SARA MyKasih Dalam IC Setiap Bulan :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (MISKIN TEGAR) | JUMLAH BAYARAN (BUKAN MISKIN) |
|---|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 – RM200 setiap bulan | RM100 setiap bulan |
| WARGA EMAS | RM100 – RM150 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
| BUJANG | RM50 setiap bulan | – |
- Bayaran SARA MyKasih Dalam IC Sekaligus :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN (SEMUA RAKYAT) |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM100 (Suami) RM100 (Isteri) |
| WARGA EMAS | RM100 |
| BUJANG | RM100 |
SEMAKAN STATUS SARA MYKASIH DALAM IC
Berikut merupakan cara semakan status penerima Bantuan SARA dalam IC :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
*Untuk semakan status penerima SARA Untuk Semua adalah bermula pada 21 Ogos 2025.
SEMAKAN BAKI SARA MYKASIH DALAM IC
Untuk semakan baki Bantuan SARA dalam IC boleh dilakukan melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
- Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
- Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
- Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
- Kemudian, klik butang [CONTINUE].
- Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
- Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
- Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
- Status dan Baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.