SEMAKAN SARA MYKASIH 2026 : BAYARAN BULANAN

SEMAKAN SARA MYKASIH 2026 : BAYARAN BULANAN

Bayaran Bantuan SARA MyKasih dilaksanakan secara bulanan dan selama empat (4) bulan pertama ini bayaran telahpun dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak dengan jumlah bermula RM50 sehingga RM200 setiap bulan.

Bagaimanakah semakan bayaran bulanan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info di bawah.

BACA JUGA : MYSARA SEMAKAN 2026 : SAMA ADA STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BILANGAN PENERIMA SARA MYKASIH 2026

Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah direkodkan seramai 8.1 juta yang merangkumi kategori berikut :

KATEGORI
&
KELAYAKAN
BILANGAN PENERIMA
🧑‍🦱 Bujang
(Belum berkahwin
atau
Balu / Bercerai
tiada anak)
3.1 juta penerima
👰🤵 Isi Rumah
(Berkahwin
atau
Balu / Bercerai
ada anak)
3.7 juta penerima
🧑‍🦳 Warga Emas
(Tiada pasangan)
1.3 juta penerima

JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH 2026

Penerima bujang, isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih sebanyak berikut :

  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
SARA MYKASIH
Miskin Tegar
(Daftar eKasih)
RM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun
Bukan MiskinRM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun
  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
SARA MYKASIH
Miskin Tegar
(Daftar eKasih)
RM200 sebulan
x 12 bulan
= RM2,400 setahun
Bukan MiskinRM100 sebulan
x 12 bulan
= RM1,200 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BAYARAN
SARA MYKASIH
Miskin Tegar
(Daftar eKasih)
RM150 sebulan
x 12 bulan
= RM1,800 setahun
Bukan MiskinRM50 sebulan
x 12 bulan
= RM600 setahun

TARIKH & STATUS BAYARAN SARA MYKASIH 2026

Berikut merupakan tarikh dan status bayaran Bantuan SARA MyKasih pada setiap bulan :

BIL.TARIKH BAYARANSTATUS
1.9 – 16/01/2026✅ Telah dikreditkan
2.01/02/2026✅ Telah dikreditkan
3.01/03/2026✅ Telah dikreditkan
4.01/04/2026✅ Telah dikreditkan
5.01/05/2026🔜 Belum dikreditkan
6.01/06/2026🔜 Belum dikreditkan
7.01/07/2026🔜 Belum dikreditkan
8.01/08/2026🔜 Belum dikreditkan
9.01/09/2026🔜 Belum dikreditkan
10.01/10/2026🔜 Belum dikreditkan
11.01/11/2026🔜 Belum dikreditkan
1201/12/2026🔜 Belum dikreditkan

SEMAKAN BAYARAN SARA MYKASIH 2026

Oleh kerana bayaran Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dalam MyKad, penerima boleh mengetahui status bayaran bulanan sama ada telah dikreditkan atau belum dengan membuat semakan secara dalam talian (online) melalui portal dan aplikasi rasmi seperti berikut :

🔗 Pautan Rasmi :

Layari portal SARA MyKasih atau muat turun aplikasi SARA MyKasih dan ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Halaman utama SARA MyKasih akan dipaparkan.
  2. Pergi ke bahagian [Semak Kelayakan & Baki].
  3. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *Ikut format : Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh 700230112345.
  4. Sahkan anda bukan robot dengan klik [Verify you are human].
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status bayaran SARA MyKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA BAYARAN SARA MYKASIH

Bagi yang telah menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih, ikuti cara guna seperti berikut :

  1. Kunjungi mana-mana kedai terpilih SARA MyKasih berhampiran anda.
  2. Pilih barang keperluan asas yang diperlukan.
  3. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  4. Setiap barang yang dipilih akan diimbas oleh juruwang.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad anda.
    • Jika pembelian melebihi baki Bantuan SARA MyKasih, penerima perlu bayar secara tunai.
  6. Simpan resit untuk rujukan baki.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.

Leave a Comment