SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Kumpulan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kini terbahagi kepada dua (2) iaitu kumpulan penerima sedia ada seramai 0.7 juta dan penerima baharu seramai 4.7 juta merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Bagaimanakah semakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA SEMAK MYSARA : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH PENYALURAN SARA MYKASIH TERBARU 2025
Penyaluran terbaru Bantuan SARA MyKasih adalah pada tarikh berikut :
JENIS BANTUAN | TARIKH PENYALURAN TERBARU |
---|---|
Bantuan SARA MyKasih | Bermula 1 April 2025 (Selasa) |
JUMLAH PENYALURAN SARA MYKASIH TERBARU 2025
Pada 1 April 2025 (Selasa), Kerajaan menyalurkan Bantuan SARA MyKasih sebanyak jumlah berikut :
PENERIMA MYKASIH SEDIA ADA | PENERIMA MYKASIH BAHARU |
---|---|
Isi Rumah : RM200 | Isi Rumah : RM100 |
Warga Emas : RM150 | Warga Emas : RM50 |
Bujang : RM50 | Bujang : – |
BILANGAN PENERIMA SARA MYKASIH 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan SARA MyKasih yang terbaru pada 1 April 2025 adalah seramai berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 0.7 juta penerima |
Penerima Baharu | 4.7 juta penerima |
SEMAKAN SARA MYKASIH 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
CARA PENYALURAN SARA MYKASIH 2025
Penyaluran Bantuan SARA MyKasih adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
KEGUNAAN SARA MYKASIH 2025
Bantuan SARA MyKasih yang disalurkan adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.