SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih pada tahun ini telah diperluaskan untuk lebih ramai penerima yang dapat menikmati manfaatnya kerana ianya disalurkan untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Bagaimanakah semakan SARA MyKasih? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CEK MYKASIH : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILANGAN PENERIMA LAYAK SARA MYKASIH 2025

Bilangan penerima yang layak adalah seramai berikut :

JENIS PENERIMABILANGAN PENERIMA
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
Penerima Baharu4.7 juta penerima
= 5.4 juta penerima 2025

KRITERIA PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) kriteria penerima SARA MyKasih, iaitu :

  • Penerima SARA Sedia Ada :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Penerima SARA Baharu :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN SARA MYKASIH 2025

  1. Sila layari laman web rasmi Mykasih; atau klik pautan di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Berikut merupakan jadual bayaran SARA MyKasih kepada setiap penerima :

TARIKH BAYARAN
SARA MYKASIH
JUMLAH BANTUAN SARA
DIKREDITKAN
PENERIMA SEDIA ADA
JUMLAH BANTUAN SARA
DIKREDITKAN
PENERIMA BAHARU
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment