SEMAKAN SARA DISEMBER 2025 : SEMAK STATUS BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD ANDA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) fasa akhir 2025 (Disember) telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat semakan status kelayakan, bayaran melalui Portal SARA, dan boleh menggunakan kredit bantuan sebelum program tamat.
Bagaimanakah semakan sara disember 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN 100 SEBULAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MEMOHON
KADAR BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Disember 2025 yang dikreditkan ke dalam IC (Kad Pengenalan) penerima seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH | SARA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM50 |
| Bujang | RM50 | – |
Catatan : Kredit SARA mestilah digunakan sebelum tempoh program tamat pada 31 Disember 2025.
JADUAL BAYARAN SARA 2025
Jadual pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut :
| JENIS SARA | TARIKH PELAKSANAAN | TARIKH LUPUT/AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| SARA EKASIH | 15 Januari 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA BUKAN EKASIH | 1 April 2025 | 31 Disember 2025 |
| SARA ONE-OFF | 31 Ogos 2025 | 31 Disember 2025 |
Catatan : Pembayaran akhir Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi 2025 telah disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 1 Disember 2025 (Isnin).
Baki atau kredit bantuan yang tidak digunakan atau dibelanjakan oleh penerima sebelum tarikh akhir, tidak lagi akan di bawa ke bulan hadapan dan akan luput secara automatik.
PENERIMA SARA DISEMBER 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025, seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, dan Warga Emas Tiada Pasangan sahaja.
SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA DISEMBER 2025
Status dan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Aplikasi MyKasih
Cara semakan baki kredit SARA di Portal Rasmi SARA :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan baki kredit SARA di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]