SEMAKAN SARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN SARA DALAM MYKAD : (2025) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Pelaksanaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan tanpa tunai yang dikreditkan dalam MyKad (Kad Pengenalan) telah diterima baik oleh penerima sedia ada. Oleh itu, Kerajaan meluaskan penerimaan kepada lebih ramai rakyat yang layak.

Bagaimanakah semakan status penerima SARA Dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : CARA CHECK MYKASIH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN SARA DALAM MYKAD

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima SARA Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Layari laman sesawang rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Pada halaman utama laman sesawang tersebut, klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  6. Status penerima akan dipaparkan seperti :
    • ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  7. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  8. Laman utama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dipaparkan.
  9. Sila Log masuk akaun yang anda daftarkan.
  10. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.

AMAUN KREDIT SARA DALAM MYKAD

Berikut merupakan amaun Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima (dalam tempoh setahun) :

AMAUN SARA DIKREDITKAN
DALAM MYKAD PENERIMA
MISKIN & MISKIN TEGAR
AMAUN SARA DIKREDITKAN
DALAM MYKAD PENERIMA
ASAS BUKAN MISKIN
Isi Rumah :
RM2,100 setahun
Isi Rumah :
RM900 setahun
Warga Emas :
RM1,650 setahun
Warga Emas :
RM450 setahun
Bujang :
RM600 setahun
Bujang :
*Bantuan SARA bukanlah dikreditkan sekaligus. Namun, ianya dikreditkan secara ansur berperingkat.

JADUAL PENGKREDITAN SARA DALAM MYKAD

Pengkreditan Bantuan SARA Dalam MyKad adalah mengikut jadual berikut :

TARIKH PENGKREDITANPENERIMA BERSTATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
(Setiap bulan)
PENERIMA BERSTATUS
ASAS BUKAN MISKIN
(Setiap bulan)
Sesi 1 :

15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM100
Bujang : RM50
Sesi 2 :

1 April 2025
1 Mei 2025
1 Jun 2025
1 Julai 2025
1 Ogos 2025
1 September 2025
1 Oktober 2025
1 November 2025
1 Disember 2025
Isi Rumah : RM200
Warga Emas : RM150
Bujang : RM50
Isi Rumah : RM100
Warga Emas : RM50
Bujang : –

KEGUNAAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk digunakan bagi membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

Hanya individu yang disahkan ‘Layak’ boleh menggunakan Bantuan SARA Dalam MyKad seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai SARA yang terpilih (Rujuk senarai kedai SARA terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut label SARA pada rak tanda harga.
  3. Pilih kaunter bayaran yang mempunyai label SARA yang boleh menggunakan MyKad.
  4. Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  6. Masukkan 6-digit nombor PIN MyKad yang anda tetapkan.
  7. Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad.
  8. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki yang ada dalam MyKad.

TEMPOH SAH GUNA SARA DALAM MYKAD

Baki elaun Bantuan SARA yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment