SEMAKAN SARA 2025 STATUS : CHECK KELAYAKAN ANDA SEKARANG SAMA LAYAK ATAU TIDAK
Kadar perbelanjaan bulanan tentunya kadang kala melebihi had. Oleh itu, bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan, Kerajaan meneruskan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya dapat menampung kos perbelanjaan bulanan.
Bagaimanakah semakan SARA status? Ikuti panduan dan rujuk info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA BILA BAYAR : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
JUMLAH PENERIMA SARA 2025 STATUS LULUS
Dari tahun ke tahun, jumlah penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berstatus ‘lulus’ bertambah seiring dengan pertambahan kadar peruntukan. Pada tahun ini, seramai 5.4 juta penerima yang lulus termasuk golongan isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.
KRITERIA PENERIMA SARA 2025 STATUS LULUS
Pada tahun ini, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan kepada dua (2) jenis penerima yang menepati kriteria seperti berikut :
- SARA Daftar e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN SARA 2025 STATUS
Status kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak seperti berikut :
- Pergi ke laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Kemudian, halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
- Contoh : 920230112345.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi STR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
PELAKSANAAN BAYARAN SARA 2025
Berikut merupakan jadual pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 :
TARIKH PELAKSANAAN BAYARAN | JUMLAH SARA DIBAYAR (DAFTAR E-KASIH) | JUMLAH SARA DIBAYAR (BUKAN E-KASIH) |
---|---|---|
Sesi pertama (1) : 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM100/sebulan Bujang : RM50/sebulan | – |
Sesi kedua (2) : 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | Isi Rumah : RM200/sebulan Warga Emas : RM150/sebulan Bujang : RM50/sebulan | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM50/sebulan Bujang : – |
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.