SEMAKAN SARA 2025 MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Gelumang kos sara yang dirasai oleh rakyat yang berpendapatan rendah (B40 dan M40) pastinya memberikan kesan bagi perbelanjaan pada setiap bulan. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) bagi membantu menampung kos sara hidup rakyat dalam perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SUMBANGAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
MEDIUM BAYARAN SARA 2025 MYKASIH
Kesemua 5.4 juta penerima sedia ada dan penerima baharu daripada semua negeri, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran Bantuan SARA MyKasih melalui medium yang sama, iaitu :
- Secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (MyKad) yang membolehkan penerima membuat pembayaran barangan keperluan asas pada setiap bulan.
SEMAKAN SARA 2025 MYKASIH
Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA MyKasih di bawah untuk semakan status penerima :
- Pautan Portal Rasmi SARA MyKasih : https://mykasih.com.my.
- Pada halaman utama portal, sila klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Kemudian, masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (tanpa sengkang) contoh : 890230112345.
- Klik butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI SARA 2025 MYKASIH
Untuk menyemak baki Bantuan SARA MyKasih, anda perlu memuat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda dan ikuti panduan berikut :
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
NILAI BANTUAN SARA 2025 MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih diberikan kepada setiap penerima dengan nilai yang berbeza seperti berikut :
- RM2,100 setahun diberikan kepada Isi Rumah B40 yang daftar e-Kasih.
- RM1,650 setahun diberikan kepada Warga Emas B40 yang daftar e-Kasih.
- RM900 setahun diberikan kepada Isi Rumah B40 dan M40 bukan e-Kasih.
- RM600 setahun diberikan kepada Bujang B40 yang daftar e-Kasih.
- RM450 setahun diberikan kepada Warga Emas B40 dan M40 bukan e-Kasih.
*Nota : Bantuan diberikan secara berperingkat setiap bulan bermula dengan nilai RM50 sehingga RM200 sebulan.
TARIKH BANTUAN SARA MYKASIH DISALURKAN
Penyaluran Bantuan SARA MyKasih adalah pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
*Nota : Sah digunakan sehingga 31/12/2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/