SEMAKAN RM100 SARA 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri dalam ucapan penghargaan kepada rakyat mengumumkan bahawa bantuan RM100 akan diberikan kepada setiap warganegara dewasa melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dilaksanakan pada Sambutan Hari Kebangsaan.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak rm100 sara? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK SARA DALAM IC : CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA RM100 ONE OFF 2025
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
CARA PENGKREDITAN
Bantuan SARA akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima boleh dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan Asas yang diluluskan untuk memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 7,300 premis berdaftar diseluruh Negara.
SEMAKAN RM100 SARA
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT RM100 SARA
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara