SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Pengkreditan Bantuan Dalam MyKad dilaksanakan di bawah Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup sekaligus dapat meningkatkan penggunaan tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semakan RM100 dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

FUNGSI BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dikreditkan dalam MyKad adalah khas untuk pembelian tanpa tunai mengikut barangan keperluan asas yang diluluskan seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

JUMLAH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bukan semua kategori akan menerima jumlah Bantuan yang sama dalam MyKad, ianya dikreditkan mengikut kelayakan berikut :

  • Penerima Sedia Ada Status Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 – RM200 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM100 – RM150 setiap bulan.
    • Bujang : RM50 setiap bulan.
  • Penerima Sedia Ada Status Bukan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan.
    • Bujang : –
  • Penerima Baharu dan Sedia Ada (Semua Rakyat) :
    • Isi Rumah : RM100 sekali bayar.
    • Warga Emas : RM100 sekali bayar.
    • Bujang : RM100 sekali bayar.

TARIKH KREDIT RM100 DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan Dalam MyKad setiap bulan kepada penerima sedia ada :

  • 15 Januari 2025 (Rabu)
  • 01 Februari 2025 (Sabtu)
  • 01 Mac 2025 (Sabtu)
  • 01 April 2025 (Selasa)
  • 01 Mei 2025 (Khamis)
  • 01 Jun 2025 (Ahad)
  • 01 Julai 2025 (Selasa)
  • 01 Ogos 2025 (Jumaat)
  • 01 September 2025 (Isnin)
  • 01 Oktober 2025 (Rabu)
  • 01 November 2025 (Sabtu)
  • 01 Disember 2025 (Isnin)

Pengkreditan Bantuan RM100 sekaligus dalam MyKad kepada semua rakyat adalah pada tarikh :

  • 31 Ogos 2025 (Ahad)

SEMAKAN STATUS PENERIMA RM100 DALAM MYKAD 2025

Ikuti cara semakan status penerima Bantuan SARA dalam MyKad seperti panduan di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN RM100 DALAM MYKAD 2025

Untuk mengetahui status pengkreditan Bantuan Dalam MyKad sama ada telah dikreditkan atau belum, ikuti panduan berikut :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik pada ikon [TNG Card].
  4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
  5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
  6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
  7. Klik pada butang [Submit].
  8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
  9. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment