SEMAKAN RESULT UPU : CHECK KEPUTUSAN SEKARANG
Calon-calon lepasan STPM dan Setaraf tentunya menantikan keputusan tawaran untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2025/2026 melalui program-program yang dimohon melalui Permohonan UPUOnline yang lalu.
Para calon boleh menyemak Keputusan (result) UPU secara atas talian sahaja. Ikuti panduan semakan UPU di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SYUKUR SABAH RM900 : SEMAKAN
TARIKH SEMAKAN RESULT UPU
Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA akan mengumumkan tarikh untuk semakan keputusan (result) UPU bagi lepasan STPM dan setaraf pada :
KEPUTUSAN UPU | TARIKH SEMAKAN |
---|---|
Lepasan STPM dan Setaraf | September 2025 (Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi) |
SEMAKAN RESULT UPU
Lepasan STPM dan setaraf boleh membuat semakan keputusan (result) UPU mengikut kategori keputusan sama ada panggilan temuduga, tawaran atau keputusan rayuan bagi Program Sijil / Asasi / Diploma / Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.
Calon boleh menyemak keputusan (result) UPU secara atas talian melalui salah satu (1) pautan rasmi di bawah :
- https://jpt.utm.my/
- https://jpt.uum.edu.my/
- https://jpt.unimas.my/
- https://jpt.ums.edu.my/
- https://jpt.umt.edu.my/
Selain semakan melalui pautan di atas, calon juga boleh membuat semakan melalui aplikasi UPUPocket seperti panduan berikut :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Log Masuk menggunakan ID pelajar yang didaftarkan.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
- Selesai.
PENGESAHAN RESULT UPU
Bagi calon yang berjaya menerima ditawarkan kemasukan ke Universiti Awam (UA), diwajibkan untuk membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh sembilan (9) hari daripada keputusan (result) ditawarkan.
Sekiranya calon tidak mengesahkan atau tidak membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh masa yang ditetapkan, calon akan dianggap menolak tawaran atau tidak setuju terima tawaran ke Universiti Awam (UA).
RAYUAN UPU
Hanya pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan ini : https://upu.mohe.gov.my.
Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline.
SEBAB-SEBAB PEMILIHAN RESULT UPU
Antara sebab-sebab kenapa calon berjaya menerima tawaran UPU dan kenapa gagal menerima tawaran UPU adalah seperti berikut :
SEBAB KENAPA BERJAYA | SEBAB KENAPA GAGAL |
---|---|
Borang permohonan BERJAYA diterima oleh UPUOnline | TIDAK tekan butang hantar |
MEMENUHI syarat khas program pengajian | TIDAK memenuhi syarat khas program pengajian |
ADA kekosongan tempat | TIADA kekosongan tempat, terutamanya program kompetitif |
BERJAYA dalam saringan temuduga / ujian | GAGAL dalam saringan temuduga / ujian |
Kedudukan merit TINGGI | Kedudukan merit RENDAH |
PANGGILAN TEMUDUGA IJAZAH SARJANA MUDAH LEPASAN STPM / SETARAF
Bagi calon-calon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa kemukakan permohonan UPU, akan terlibat dengan sesi temuduga yang akan diadakan pada waktu dan tempat yang berbeza. Berikut merupakan pautan semakan temuduga :

TARIKH-TARIKH PENTING UPU
Para calon perlu peka terhadap tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan dan semakan UPU seperti berikut :
PERKARA | TARIKH PENTING |
---|---|
Permohonan UPU Fasa 1 Dibuka | 10 Februari 2025 (Jam 12 tengah hari) |
Tutup Permohonan UPU Fasa 1 | 14 Mac 2025 (Jam 5 petang) |
Permohonan UPU Fasa 2 Dibuka | 14 April 2025 (Jam 12 tengah hari) |
Tutup Permohonan UPU Fasa 2 | 18 Mei 2025 (Jam 5 petang) |
Semakan Panggilaan Temu Duga / Ujian (Pengajian Bukan Pendidikan) | 21 April 2025 |
Semakan Panggilan Ujian i-MEdSI | 21 April 2025 |
Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan | 19 Mei 2025 |
Pengumuman Keputusan UPU (STPM / Setaraf) | Minggu pertama September 2025 |
Permohonan Rayuan UPU | Minggu pertama hingga ke-2 September 2025 |
Pendaftaran Pelajar Baru | Minggu ke-2 Oktober 2025 |
SOALAN LAZIM (FAQ) UPU
Berikut merupakan soalan-soalan lazim (faq) berkaitan UPUOnline :
- Bagaimanakah keputusan UPU untuk lepasan SPM ditentukan?
- Ianya ditentukan berdasarkan markah merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah serta mengikut program yang bersesuaian.
- Bagaimanakah pemilihan ke UPU untuk lepasan SPM dilaksanakan?
- Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer melalui pengesahan pemilihan oleh semua institusi / agensi seperti :
- Calon ditawarkan berdasarkan merit serta memenuhi syarat AM & Khas program pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga / ujian (jika berkenaan) dan keutamaan calon.
- Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.
- Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer melalui pengesahan pemilihan oleh semua institusi / agensi seperti :
- Bilakah surat tawaran UPU diberikan?
- Pihak UA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi UPU bermula sehari (1) hebahan keputusan dan calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi dalam laman web UA mengikut keputusan yang ditetapkan.
- Bilakah tarikh akhir pengesahan terima tawaran UPU?
- Calon yang berjaya menerima tawaran UPU perlu membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan dikeluarkan. Calon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap menolak tawaran.
- Sekiranya pengesahan telah dibuat ‘Setuju Terima Tawaran’, bilakah kemasukan untuk sesi akademik?
- Tarikh kemasukan bagi sesi akademik adalah ditetapkan oleh pihak UA yang ditawarkan.
RUJUKAN
Maklumat berkaitan UPU di atas dirujuk daripada UPUOnline. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan UPU, sila rujuk :
- Talian : 03-8684 2363
- E-mel : [email protected]
- Maklum balas UPU : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/