SEMAKAN RESULT SPM : 2025 PANDUAN LENGKAP CARA CEK KEPUTUSAN ONLINE & SMS
Seramai 402,956 calon berdaftar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara. Calon-calon kini boleh mula mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini 24 April 2025 (Khamis) di sekolah atau melalui semakan secara atas talian (online).
Bagaimanakah semakan result SPM? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CHECK ANGKA GILIRAN SPM : PANDUAN LENGKAP SECARA ONLINE
TARIKH RESULT SPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 telah dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis) dan calon-calon yang menduduki peperiksaan boleh mengetahui keputusan di sekolah pada jam 10.00 pagi atau calon boleh membuat semakan secara atas talian (online) bermula 11.00 pagi 24 April 2025 (Khamis) sehingga 6.00 petang 30 April 2025 (Rabu).
TAKRIFAN GRED RESULT SPM
Berikut merupakan takrifan gred result (keputusan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
- A+ : Cemerlang Tertinggi.
- A : Cemerlang Tinggi.
- A- : Cemerlang.
- B+ : Kepujian Tertinggi.
- B : Kepujian Tinggi.
- B- : Kepujian Atas.
- C : Kepujian.
- D : Lulus Atas.
- E : Lulus.
- G : Gagal.
SEMAKAN RESULT SPM ONLINE
Ikuti panduan cara cek result (keputusan) SPM secara online melalui pautan laman web rasmi berikut :
- Layari pautan laman web rasmi : myresultspm.moe.gov.my.
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor angka giliran.
- Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN RESULT SPM SMS
Ikuti panduan cara cek result (keputusan) SPM melalui Pesanan Ringkas SMS seperti berikut :
- Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
- Klik pada [Cipta Mesej Baru].
- Masukkan nombor 15888.
- Kemudian taip SPM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Angka Giliran.
- Contoh : SPM 06023011234 WY18270A
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
- Selesai.
*Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melajar kecemerlangan pada masa hadapan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.