SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN : SESI 2025 SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pemilihan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kali ini adalah secara rawak melalui sistem berkomputer mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan seramai 550 individu telah dipilih untuk sesi kedua (2) yang akan bermula pada 11 Mei 2025 ini.
Bagaimanakah semakan pelatih terpilih PLKN? Ikuti panduan semakan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PLKN SEMAKAN ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN PLKN
PLKN atau Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan sejak Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti selama tiga (3) bulan.
Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta dan ianya telah dipersetujui kerana mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu dan program ini melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.
Kini, kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan konsep dan format baharu yang mana ianya akan dilakukan secara berfasa dan dibuat di kem-kem tentera dalam tempoh yang singkat.
PENGLIBATAN PELATIH PLKN 2025
Individu yang terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah secara berfasa seperti berikut :
FASA LATIHAN | PENGLIBATAN PELATIH |
---|---|
Latihan Pra PLKN | Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun. |
Latihan Asas PLKN | Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik. |
Peringkat Latihan Lanjutan | Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedang dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN. |
*Hanya individu yang lahir pada 2007 akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.
TARIKH DAN LOKASI LATIHAN PLKN 2025
Berikut merupakan tarikh serta lokasi penempatan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tahun 2025 :
SESI PELAKSANAAN | TARIKH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|---|
Satu (1) | 12 Januari 2025 – 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Dua (2) | 11 Mei 2025 – 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
Tiga (3) | 7 September 2025 – 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
SEMAKAN PELATIH TERPILIH PLKN
Seramai 550 pelatih yang terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sesi dua (2). Ikuti panduan semakan status kelayakan pelatih seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Semakan Pelatih PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK] di bawah.
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.