SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI1/2026

SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI1/2026

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah memaklumkan bahawa Program Khidmat Negara (PLKN) untuk Siri 1 bagi tahun 2026 akan mula dilaksanakan dengan melibatkan pelatih-pelatih baharu yang terpilih.

Bagaimanakah semakan pelatih PLKN 2026? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN SARA FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS ANDA AKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN TERAKHIR

PENGENALAN PLKN 2026

PLKN atau dikenali Program Latihan Khidmat Negara yang merupakan sebuah program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.

Selain itu, Elemen Kenegaraan / Pembentukan Watak akan melibatkan sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, isu-isu Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Disamping itu juga, Elemen Khidmat Masyarakat akan melibatkan aktiviti kecerian di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, kempen kitar semula, gotong royong, projek masyarakat desa, pemahaman sosial tempatan, taklimat kesihatan dan sebagainya.

PERMULAAN PROGRAM PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan sejak tahun 2003 dan setiap tahun memilih Warganegara Malaysia berumur 18 tahun untuk menjalani latihan selama tiga (3) bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.

Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterunya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025.

PELAKSANAAN PLKN SIRI 1 2026

Berdasarkan kenyataan media Jabatan Khidmat Negara (JLKN), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 1 tahun 2026 akan dilaksanakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

TARIKH PELAKSANAANTEMPOH LATIHANPENEMPATAN
17 Januari 2026
hingga
03 Mac 2026
3 bulanKem Askar Wataniah (AW)
Rejimen 515, Kuala Lumpur
17 Januari 2026
hingga
03 Mac 2026
3 bulanKem Askar Wataniah (AW)
Rejimen 505, Pekan Pahang

TARIKH SEMAKAN PELATIH PLKN 2026

Kira-kira 24% individu yang merupakan kelahiran tahun 2008 yang terpilih sebagai pelatih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh menyemak kelayakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut :

  • Tarikh : 08 Disember 2025 (Isnin).
  • Masa : Bermula Jam 4:00 petang.

SEMAKAN PELATIH PLKN 2026

  1. Sila layari pautan laman web semakan rasmi PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
  2. Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pada ruang yang disediakan.
  3. Klik pada kotak pengesahan [Captcha].
  4. Kemudian, klik pada butang [SEMAK] di bawah.
  5. Status kelayakan sebagai pelatih PLKN siri 1 2026 akan dipaparkan.
  6. Jika terpilih anda perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 25 Disember 2025.
  7. Klik butang [DAFTAR] untuk membuat pengesahan kehadiran dalam sistem ePLKN.
  8. Selesai.

PELATIH PLKN SIMPANAN 2026

Pelatih PLKN Simpanan adalah merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Bagi yang terpilih sebagai calon pelatih PLKN simpanan Siri 1 2026 perlu membuat semakan semula pada 29 Disember 2025 dan tempoh sebagai pelatih simpanan adalah selama satu (1) tahun sahaja.

Setiap calon pelatih PLKN simpanan perlu ketahui maklumat latihan berikut :

  • Siri 1/2026 : 17 Januari 2026 hingga 2 Mac 2026.
  • Siri 2/2026 : 25 April 2026 hingga 8 Jun 2026.
  • Siri 3/2026 : 11 Julai 2026 hingga 24 Ogos 2026.
  • Siri 4/2026 : 3 Oktober 2026 hingga 16 November 2026.

MAKLUMAT LANJUT PLKN

Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Laman Web Rasmi JLKN. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk siri selanjutnya, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment