SEMAKAN PELATIH PLKN 3.0 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelatih yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dipilih mengikut tahun kelahiran. Program ini telah diperbaharui selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).
Bagaimanakah semakan pelatih PLKN 3.0? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PLKN 3.0 : SEMAKAN PELATIH SECARA ONLINE LAYAK ATAU TIDAK
PENGENALAN PLKN 3.0 2025
Bermula pada Disember tahun 2003, Kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterusnya Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos setiap tahun.
Kini, kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan konsep dan format baharu yang mana ianya akan dilakukan secara berfasa dalam tempoh yang singkat.
MODUL LATIHAN PLKN 3.0 2025
Latihan PLKN 3.0 akan melibatkan tiga (3) modul yang utama, iaitu :
MODUL LATIHAN | KETERANGAN LATIHAN |
---|---|
Fizikal | Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api. |
Elemen Kenegaraan dan Pembentukan watak | Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya. |
Elemen Khidmat Masyarakat | Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya. |
INDIVIDU TERLIBAT PLKN 3.0 2025
Penglibatan individu dalam menjalani latihan PLKN 3.0 adalah melalui tiga (3) fasa, iaitu :
- Fasa Latihan Pra PLKN :
- Bagi Fasa Pra PLKN, ianya merangkumi pelajar Tingkatan 4 sahaja semasa kegiatan kokurikulum yang diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun.
- Fasa Latihan Asas PLKN :
- Bagi Fasa Latihan Asas PLKN, ia akan melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.
- Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30% dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70% yang bersifat intensif, lapangan serta praktikal.
- Fasa Peringkat Latihan Lanjutan :
- Untuk Fasa Peringkat Latihan Lanjutan pula sedan dibincangkan sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.
- Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.
*Hanya individu yang lahir pada 2007 akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dan had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga 35 tahun sahaja.
TARIKH DAN LOKASI PELAKSANAAN PLKN 3.0 2025
Berikut merupakan tarikh serta lokasi pelaksanaan latihan ketiga-tiga siri PLKN 3.0 :
SIRI LATIHAN | TARIKH PELAKSANAAN | LOKASI |
---|---|---|
Satu (1) | 12 Januari 2025 hingga 25 Februari 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur |
Dua (2) | 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
Tiga (3) | 7 September 2025 hingga 21 Oktober 2025 | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang |
SEMAKAN PELATIH PLKN 3.0 2025
Pelatih yang akan mengikut Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri 2 pada 11 Mei 2025 adalah dianggarkan seramai 550 individu. Ikuti cara semakan pelatih di bawah :
- Sila layari laman web rasmi Semakan Pelatih PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [/] “I’m not a robot”.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Selesai.

RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.