SEMAKAN ONLINE SYUKUR SABAH RM900 FASA 3 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah / Sentuhan Kasih Rakyat Sabah kini memasuki Fasa yang ketiga (3) pada tahun ini dan dijangka hampir 100,000 ribu individu yang akan terima bayaran sebanyak RM900 melalui akaun bank, e-wallet dan / atau tunai di kaunter.
Ketahui status kelayakan, tarikh bayaran dan maklumat lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah RM900 Fasa 3 di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MY KASIH ONLINE

SIAPA YANG LAYAK?
Bantuan SYUKUR Sabah disasarkan kepada 100,000 ribu rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had Umur | Sekurang-kurangnya 18 tahun |
Pemegang MyKad / Status Mastautin | MyKad status ‘H’ atau Bermastautin di Sabah lebih 1 tahun |
Status Pendaftaran | Lulus pendaftaran dan tersenarai dalam eKasih atau PADANS |
Kadar Pendapatan | Bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) |
CARA BAYAR SYUKUR SABAH RM900 2025
Terdapat tiga (3) cara bayaran Bantuan SYUKUR Sabah yang boleh dipilih oleh penerima. Antaranya ialah :
BIL. | CARA BAYAR SYUKUR SABAH |
---|---|
1. | Dibayar terus ke dalam akaun bank penerima |
2. | Dibayar secara tunai di mana-mana kaunter |
3. | Dibayar melalui e-Wallet YONO Superapp |
TARIKH MASUK SYUKUR SABAH RM900 2025
Bantuan SYUKUR Sabah RM900 dimasukkan secara ansur berfasa mengikut jadual seperti berikut :
FASA | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
Januari – Mac (Fasa 1) | Februari 2025 | RM900 |
April – Jun (Fasa 2) | April – Mei 2025 | RM900 |
Julai – September (Fasa 3) | September 2025 | RM900 |
Oktober – Disember (Fasa 4) | Oktober – November 2025 | RM900 |
SEMAKAN ONLINE SYUKUR SABAH RM900 FASA 3 2025
Untuk ketahui status kelayakan permohonan Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3, anda boleh membuat semakan secara online melalui Portal Rasmi PADANS seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi PADANS : https://padans.sabah.gov.my/.
- Untuk semakan status, klik butang [Semak].
- Laman ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Contoh : 80XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya disahkan ‘Layak’ anda akan terima bayaran RM900 untuk Fasa 3.
SOALAN LAZIM (FAQ) SYUKUR SABAH
Antara beberapa soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah :
- Adakah Bantuan SYUKUR Sabah disalurkan kepada semua penduduk Sabah?
- Bantuan SYUKUR Sabah hanya disalurkan kepada pemohon yang benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja.
- Bagaimanakah cara untuk tahu bila bayaran SYUKUR Sabah dimasukkan?
- Mesej pesanan SMS akan dihantar kepada nombor pemohon yang layak sahaja.
- Bolehkah Bantuan SYUKUR Sabah digunakan untuk bayar bil utiliti dan beli barang lain?
- Bantuan SYUKUR Sabah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti bayar bil utiliti, beli barang keperluan dan sebagainya.
- Bolehkah penerima yang tiada akaun bank menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah melalui e-Wallet?
- Ya, Bantuan SYUKUR Sabah akan dimasukkan melalui e-Wallet dalam aplikasi YONO Superapp yang boleh dimuat turun secara percuma.
- Berapakah jumlah keseluruhan Bantuan SYUKUR Sabah untuk tahun 2025?
- Setiap penerima yang layak akan terima Bantuan SYUKUR Sabah untuk tahun 2025 sehingga RM3,600 setahun.
RUJUKAN
Artikel ini dikongsikan berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk info atau pertanyaa lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian SUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian SUKUR Sabah (WhatsApp) : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]