SEMAKAN NAMA PLKN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Penglibatan nama-nama peserta dan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi siri tiga (3) akan dipilih secara rawak berdasarkan penilaian komputer dan kriteria kelayakan individu. Sekiranya terpilih, individu perlu menjalani latihan di kem yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan nama PLKN? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LINK SEMAKAN UPU : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SEKARANG
PENGENALAN PLKN 2025
PLKN atau rasminya Program Latihan Khidmat Negara yang diperkenalkan sejak Disember 2003 sebagai sebuah program yang menyediakan modul latihan asas meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti selama tiga (3) bulan.
Porgram ini pernah dihentikan selama satu (1) tahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan kerana memakan peruntukan yang besar. Kemudian, ianya dilaksanakan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih kira-kira hanya seramai 20,000 setahun.
Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan PLKN dan Biro Tatanegara (BTN) dengan serta-merta dan ianya telah dipersetujui kerana faktor melibatkan kos yang besar dan disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.
Kini, kerajana telah bersetuju supaya Kementerian Pertahan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula pada tahun 2025 dengan konsep dan format baharu.
PELAKSANAAN PLKN 2025
Bagi melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan untuk pelatih dan peserta menjalani latihan.
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 ini akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegaraan (70%) selama 45 hari sahaja dan peserta tidak perlu lagi menjalani latihan selama tiga (3) bulan.
KETERANGAN MODUL PLKN 2025
Berikut merupakan keterangan modul latihan PLKN 2025 :
- Modul Fizikal :
- Melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.
- Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak :
- Meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
- Elemen Khidmat Masyarakat :
- Meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya
TARIKH SEMAKAN PLKN 2025
Untuk pengambilan pelatih dan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) siri ketiga (3) pada tahun 2025 kini telahpun dibuka untuk semakan kelayakan bermula pada :
SIRI PELAKSANAAN PLKN | TARIKH SEMAKAN DIBUKA |
---|---|
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri tiga (3) | 17 JUN 2025 (SELASA) |
JADUAL PELAKSANAAN PLKN 2025
Bagi individu yang telah disahkan tersenarai dalam semakan nama pelatih / peserta, perlu menjalani Prorgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri tiga (3) mengikut jadual berikut :
TARIKH PELAKSANAAN | TEMPOH LATIHAN | LOKASI PENEMPATAN |
---|---|---|
Bermula 07 September 2025 sehingga 21 Oktober 2025 | Selama 45 hari | Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 515, Kuala Lumpur dan Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 505, Pekan, Pahang |
SEMAKAN NAMA PLKN 2025
Ikuti cara semakan nama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) siri 3 seperti berikut :

- Sila imbas kod QR yang tertera di atas; atau layari laman web rasmi : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tandakan pada kotak [I’m not a robot].
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan sebagai pelatih / peserta PLKN siri 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Semak senarai nama yang terlibat PLKN siri 3 / 2025 di sini : https://jlkn.mod.gov.my/images/plkn/SIRI3_505_515.pdf.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan PLKN, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://jlkn.mod.gov.my.