SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026 : CHECK STATUS SEKARANG

Dianggarkan lebih dari 5 juta rakyat yang akan terima bayaran Bantuan Tambahan yang bernilai RM1,200 untuk tahun 2026. Inisiatif Bantuan Tambahan ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima Bantuan Tambahan RM1200? Ikuti panduan semakan dan baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR ANDA BOLEH MEMBELI GUNA DUIT BANTUAN SARA 2026 : SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT

JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN 2026

Bukan semua kategori akan terima bayaran Bantuan Tambahan dengan jumlah yang sama sebanyak RM1,200. Namun, jumlah Bantuan Tambahan akan dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORIKELAYAKAN
MISKIN
KELAYAKAN
BUKAN MISKIN
Isi RumahRM2,400 setahunRM1,200 setahun
Warga EmasRM1,800 setahunRM600 setahun
BujangRM1,200 setahunRM600 setahun
*Hanya penerima dari kategori Bujang berstatus Miskin dan Isi Rumah berstatus Bukan Miskin sahaja akan terima Bantuan Tambahan sebanyak RM1,200 bagi tahun 2026.

CARA TERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026

Kerajaan telah menetapkan cara penerimaan bayaran Bantuan Tambahan kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia serta di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan seperti berikut :

  • Penerima Di Semenanjung Malaysia :
    • Akan terima bayaran Bantuan Tambahan melalui Kad Pengenalan pada setiap bulan dan perlu digunakan sebagai kad untuk membayar barang keperluan asas di premis yang berdaftar dan mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  • Penerima Di Sabah, Sarawak & W.P Labuan :
    • Tidak lagi menerima bayaran Bantuan Tambahan secara tunai. Namun akan terima melalui Kad Pengenalan pada setiap bulan (sama seperti penerima di Semenanjung Malaysia).

TARIKH TERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026

Bantuan Tambahan yang bernilai RM1,200 bukanlah dibayar sekaligus. Namun, Kerajaan akan membayarnya secara ansur setiap bulan mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :

TARIKH TERIMAJUMLAH BANTUAN
Januari 2026RM100
Februari 2026RM100
Mac 2026RM100
April 2026RM100
Mei 2026RM100
Jun 2026RM100
Julai 2026RM100
Ogos 2026RM100
September 2026RM100
Oktober 2026RM100
November 2026RM100
Disember 2026RM100
*Bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan bersamaan RM1,200 setahun.

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026

Bantuan Tambahan sebanyak RM1,200 hanya akan diberikan khas kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Penerima Status Miskin :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori : Bujang / balu / duda / janda tiada anak.
    • Umur 19 hingga 59 tahun.
    • Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) purata semasa.
    • Berdaftar serta tersenarai dalam rekod data e-Kasih sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar.
    • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Syarat Kelayakan Penerima Status Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia.
    • Kategori : Isi Rumah berpasangan / tunggal.
    • Tiada had umur.
    • Pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
    • Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN RM1200 2026

Nama sebagai penerima Bantuan Tambahan yag bernilai RM1,200 boleh disemak secara atas talian (online) melalui laman web rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari pautan laman web rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halama utama laman web rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Layarkan skrin sedikit ke bawah dan klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
    • Contoh : 760230114567.
  6. Kemudian, tunggu pengesahan [Verifikasi].
  7. Klik butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan Tambahan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Nota : Semakan status untuk tahun 2026 masih belum dibuka. Pihak kami akan kemaskini maklumat apabila semakan telah dibuka untuk tahun 2026.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.

Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment