SEMAKAN MYSTR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan antara fasa terakhir pembayaran kepada golongan yang layak layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tanpa pasangan bagi tahun 2025.
Bagaimanakah semakan mystr fasa 4? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CARA MOHON PENGELUARAN KWSP (AKAUN 1, 2 & 3)

SIAPA YANG LAYAK?
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN MYSTR FASA 4
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
STATUS TIADA ATAU TIDAK LAYAK
Jika status anda ‘Gagal’ atau tidak tersenarai sebagai penerima, beberapa perkara yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:
- Buat semakan semula maklumat peribadi di portal rasmi, dan kemaskini maklumat terkini jika belum kemaskini;
- Jika memenuhi syarat, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Hubungi pihak berwajib (LHDN) untuk bantuan lanjut.
JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Isi rumah Berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada anak : RM150 1 hingga 2 anak : RM300 3 hingga 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM700 |
Isi rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada anak : RM100 1 hingga 2 anak : RM200 3 hingga 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
Warga emas tiada pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 2 Ogos 2025 |
Fasa 4 | Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
KAEDAH BAYARAN
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR FASA 4
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bila tarikh pembayaran STR Fasa 4?
- Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4 belum diumumkan oleh MOF, Namun, Bayaran dijangka akan disalurkan pada November 2025.
- Bagaimana cara semak status STR Fasa 4?
- Status Kelayakan STR Fasa 4 boleh semak secara online melalui portal rasmi MySTR, dengan menggunakan Nombor MyKad.
- Jika akaun bank tidak aktif, bagaimana dapat bayaran?
- Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
- Adakah semua Kategori penerima dapat jumlah yang sama?
- Tidak, Jumlah bayaran fasa 4 untuk kategori isi rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah berbeza mengikut kelayakan masing-masing.
- Apa perlu buat jika status “Tidak Layak”?
- Anda boleh membuat permohonan rayuan, di Portal Rasmi MySTR atau Hubungi Pihak berwajib (LHDN), dalam tempoh masa yang ditetapkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]