SEMAKAN MYSARA DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYSARA DALAM IC : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sebarang ketirisan bantuan dapat dielakkan dengan sistem bayaran tanpa tunai (cashless) yang menggunakan Kad Pengenalan (IC). Oleh itu, Bantuan MySARA dikreditkan terus ke dalam IC dan penerima tidak boleh membuat pengeluaran tunai. Sebaliknya dapat menggunakannya untuk perberlanjaan tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semakan MySARA Dalam IC? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SARA RM100 MYKAD : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU MYSARA DALAM IC

MySARA Dalam IC atau rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan (IC) khas untuk digunakan bagi pembayaran barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless)

SEMAKAN KELAYAKAN MYSARA DALAM IC

Ikuti cara semak kelayakan sebagai penerima MySARA Dalam IC seperti berikut :

  1. Sila layari pautan Laman Rasmi MySARA di atas.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor Kad pengenalan (IC) dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SEMAKAN BAYARAN MYSARA DALAM IC

Status bayaran dan baki MySARA Dalam IC boleh disemak seperti berikut :

  1. Buka aplikasi App Store / Google Play di dalam telefon bimbit anda.
  2. Muat turun aplikasi ‘MyKasih’ dalam telefon bimbit anda.
  3. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  4. Anda akan dipaparkan dua (2) pilihan, iaitu [Penghargaan SARA One-Off] dan [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  5. Pilih [SARA Bulanan & Penghargaan SARA One-Off].
  6. Anda akan dipaparkan ‘Welcome to the MyKasih App’.
  7. Tandakan pada ‘I have read and agreed’ di bawah.
  8. Kemudian, klik butang [CONTINUE].
  9. Klik pada butang [Check Eligibility & Balance] untuk mengetahui status.
  10. Anda akan dibawa ke halaman ‘Semakan Status’.
  11. Masukkan nombor IC pada ruangan yang disediakan tanpa (-) contoh : 800230113567.
  12. Tandakan pada butang [Verify you are human] dan klik [Semakan Status].
  13. Status Bayaran Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TARIKH BAYARAN MYSARA DALAM IC

Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MySARA Dalam IC pada setiap bulan :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

*Bayaran MySARA kepada semua rakyat Malaysia adalah pada 31/08/2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum 31/12/2025 (Rabu).

JUMLAH BAYARAN MYSARA DALAM IC

Bantuan MySARA akan dibayar dalam IC penerima mengikut jumlah berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SEKALI
Isi Rumah Daftar
STR & eKasih
RM200 (Ketua Isi Rumah)RM100 (Ketua Isi Rumah)
RM100 (Isteri)
Isi Rumah Daftar
STR Sahaja
RM100 (Ketua Isi Rumah)RM100 (Ketua Isi Rumah)
RM100 (Isteri)
Semua Isi RumahRM100 (Ketua Isi Rumah)
RM100 (Isteri)
  • Kategori Warga Emas (Tiada Pasangan) :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SEKALI
Warga Emas Daftar
STR & eKasih
RM150 (individu)RM100 (individu)
Warga Emas Daftar
STR Sahaja
RM50 (individu)RM100 (individu)
Semua Warga EmasRM100 (individu)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
MYSARA SEKALI
Bujang
Daftar STR & eKasih
RM50 (individu)RM100 (individu)
Bujang
Daftar STR Sahaja
RM100 (individu)
Semua BujangRM100 (individu)

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di :

Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment