SEMAKAN MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK SEKARANG

SEMAKAN MYKASIH TERKINI 2025 : SEMAK SEKARANG

Penambahbaikan pelaksanaan MyKasih 2025 membolehkan pertambahan jumlah kelayakan penerima bantuan serta kadar peruntukan yang diberikan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanakah semakan mykasih terkini 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYSARA DALAM IC 2025 : SEMAKAN

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH TERKINI 2025

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik melalui MyKad penerima jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

KADAR PENGKREDITAN BAYARAN MYKASIH TERKINI 2025

Kadar bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
BujangRM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
BAYARAN SETAHUN
KADAR BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi RumahRM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM450RM50 (April – Disember)

TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN MYKASIH TERKINI 2025

Penyaluran bantuan SARA kepada penerima yang layak adalah setiap bulan mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH MULA BAYARANTARIKH AKHIR BAYARAN
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari 2025Disember 2025
Lulus STR SahajaApril 2025Disember 2025

Baki amaun kredit MYKASIH dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, boleh digunakan sepanjang tahun dan SAH sehingga akhir tahun 2025.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH TERKINI 2025

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

Semak di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Semak di Portal MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

MANFAAT PELAKSANAAN MYKASIH

Pelaksanaan MyKasih 2025 membolehkan lebih ramai yang layak menerima bantuan melalui Mykad (Kad Pengenalan), untuk dibelanjakan bagi mendapatkan Barangan Keperluan yang diluluskan di bawah Program SARA di lebih 7,300 premis runcit berdaftar bagi memenuhi keperluan bulanan.

KATEGORI BARANG MYKASIH TERKINI 2025

Berikut merupakan 14 Kategori Barangan yang diluluskan di bawah Program SARA 2025:

  • Beras;
  • Roti;
  • Telur;
  • Minyak Masak;
  • Tepung;
  • Biskut;
  • Mee segera;
  • Minuman;
  • Makanan dalam tin;
  • Bahan perasa;
  • Produk Kebersihan Rumah;
  • Produk Kebersihan;
  • Ubat-ubatan;
  • Barangan Sekolah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut senarai dan jenama barangan yang diluluskan, anda boleh rujuk di SENARAI BARANG MYKASIH 2025

BARANG MYKASIH 2025

SENARAI KEDAI MYKASIH TERKINI 2025

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan di lebih daripada 7,300 kedai runcit berdaftar termasuk beberapa kedai besar seperti:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store

Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH

CARA TEBUS DUIT MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih 2025:

  1. Apa itu MyKasih?
    • MyKasih adalah bantuan yang disalurkan secara cashless melalui MyKad untuk membantu golongan yang memerlukan membeli barangan keperluan asas.
  2. Adakah perlu memohon MyKasih?
    • Tidak. Kelayakan MyKasih adalah secara automatik berdasarkan data dalam Sistem eKasih dan lulus STR 2025 bagi kategori Miskin Tegar dan Miskin, atau lulus STR 2025 bagi kategori bukan eKasih.
  3. Adakah MyKasih boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. MyKasih hanya boleh digunakan khusus untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar dengan menggunakan IC/MYKAD.
  4. Apakah barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit MyKasih?
    • Anda boleh membeli barangan keperluan asas yang berlabel MyKasih di premis runcit yang berdaftar.
  5. Adakah barang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan kredit MyKasih?
    • Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment