SEMAKAN MYKASIH STR 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Seramai 5.4 juta daripada 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah terpilih untuk menerima Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sepanjang tahun 2025 ini melalui kad pengenalan.
Bagaimanakah semakan MyKasih STR? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK KELAYAKAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SEMAKAN MYKASIH STR 2025
Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status, iaitu :
- Portal Rasmi MyKasih; dan
- Portal Rasmi STR.
Ikuti kedua-dua panduan semakan status di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
SISTEM SUMBANGAN MYKASIH STR 2025
Kerajaan telah menyelaraskan sistem Sumbangan MyKasih kepada semua penerima STR di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti berikut :
- Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
JUMLAH SUMBANGAN MYKASIH STR 2025
- Penerima MyKasih STR Daftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN SEBULAN | JUMLAH SUMBANGAN SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 | RM2,100 |
WARGA EMAS | RM100 / RM150 | RM1,650 |
BUJANG | RM50 | RM600 |
- Penerima MyKasih STR Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH SUMBANGAN SEBULAN | JUMLAH SUMBANGAN SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 | RM900 |
WARGA EMAS | RM50 | RM450 |
TARIKH SUMBANGAN MYKASIH STR 2025
Berikut merupakan tarikh Sumbangan MyKasih kepada penerima STR yang daftar e-Kasih dan penerima STR bukan e-Kasih :
- Penerima MyKasih STR Daftar e-Kasih :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
- Penerima MyKasih STR Bukan e-Kasih :
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : info@mykasih.com
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.