SEMAKAN MYKASIH SEPTEMBER 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk bulan September telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima bagi menyokong perbelanjaan barangan keperluan sepanjang bulan tersebut.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak mykasih september 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SISTEM MYKASIH DOWN? IKUTI PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK DUIT SARA DENGAN MUDAH!
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH SEPTEMBER 2025
Kelayakan penerima SARA 2025, untuk setiap bulan adalah seperti berikut:
PENERIMA BERSTATUS EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|
Warganegara Malaysia | Warganegara Malaysia |
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan | Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang |
PORTAL SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH SEPTEMBER 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
PORTAL | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi SARA | https://sara.gov.my/ |
Portal Rasmi MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH SEPTEMBER 2025 ONLINE
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan di Portal SARA:
- Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
KADAR BAYARAN MYKASIH SEPTEMBER 2025
Jumlah MyKasih bulan SEPTEMBER 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima untuk berbelanja Barangan Keperluan Asas di premis runcit berdaftar adalah seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULAN SEPTEMBER |
---|---|
Isi Rumah | RM200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM50 |
- Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BULAN OGOS |
---|---|
Isi Rumah | RM100 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 |
Tambahan SARA ONE-OFF (SEKALI BAYAR) sebanyak RM100 akan disalurkan terus kepada setiap penerima pada 31 Ogos 2025.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SEPTEMBER
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih SEPTEMBER 2025:
- Adakah perlu memohon MyKasih?
- Tidak. Kelayakan MyKasih 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegardan Miskin eKasih dan penerima lulus STR 2025 mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.
- Bagaimanakah kaedah pelaksanaan MyKasih?
- Bantuan akan disalurkan ke dalam MyKad khusus digunakan untuk membeli barangan runcit asas yang diluluskan di kedai runcit terpilih seluruh Malaysia menggunakan MyKad.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]