SEMAKAN MYKASIH RM200 2026 : CHECK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN
Bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan bagi sesi 2026, dengan peningkatan kadar pembayaran, membolehkan penerima yang layak untuk mendapatkan barangan keperluan MyKasih dengan lebih mencukupi.
Bagaimanakah semakan mykasih rm200 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN MYKASIH RM200
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM200 tahun 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
SEMAKAN KADAR KELAYAKAN MYKASIH 2026
Kadar bayaran MyKasih (SARA) kategori eKasih 2026, kategori Isi Rumah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN (RM) | TOTAL KESELURUHAN (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 Setahun |
TARIKH PEMBAYARAN MYKASIH RM200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan dalam tempoh 12 bulan seperti berikut :
| PROGRAM BERMULA | PROGRAM BERAKHIR |
|---|---|
| Januari 2026 | Disember 2026 |
- SARA MyKasih (STR & EKASIH)
| TARIKH PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 | RM200 |
- SARA ONE-OFF (Semua Rakyat Dewasa Malaysia)
| TARIKH PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Pertengahan Februari 2026 (Tarikh pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa) | RM100 |
SEMAKAN STATUS MYKASIH RM200
Status Kelayakan Penerima MyKASIH (SARA) Kategori eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MOF : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara2026