SEMAKAN MYKASIH RM200 2025 : SEMAK SEGERA

SEMAKAN MYKASIH RM200 2025 : SEMAK SEGERA

Dengan adanya Bantuan MyKasih yang dikreditkan sebanyak RM200 sebulan dapat membantu menampung kos perbelanjaan rakyat terutamanya golongan rentan yang memerlukan barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Ketahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan MyKasih RM200 dan ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN RESULT UPU : CHECK KEPUTUSAN SEKARANG

SYARAT PENERIMA MYKASIH RM200 2025

Hanya 700,000 ribu sahaja individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan layak untuk menerima bayaran Bantuan MyKasih RM200. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih RM200 :

SYARAT-SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status PerkahwinanBerkahwin (ada atau tiada anak)
atau
Ibu/bapa tunggal (ada anak)
PendapatanIsi rumah bawah garis PGK semasa
Penerima STRLulus STR 2025
Daftar eKasihDaftar eKasih dan tersenarai sebagai
penerima Miskin dan Miskin Tegar

TARIKH BAYARAN MYKASIH RM200 2025

Bantuan MyKasih RM200 bukanlah dibayar sekali sahaja. Namun ianya dibayar setiap bulan melalui akaun Kad Pengenalan penerima. Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih sepanjang tahun 2025 :

TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
(RM)
15 Januari 2025100
1 Februari 2025100
1 Mac 2025100
1 April 2025200
1 Mei 2025200
1 Jun 2025200
1 Julai 2025200
1 Ogos 2025200
31 Ogos 2025100
1 September 2025200
1 Oktober 2025200
1 November 2025200
1 Disember 2025200

SEMAKAN MYKASIH RM200 2025

Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih RM200, ikuti panduan semakan yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SENARAI BARANG BOLEH BELI DENGAN MYKASIH RM200 2025

Terdapat 14 jenis barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih RM200 dalam Kad Pengenalan. Penerima boleh memilih barang keperluan asas di bawah untuk pembelian dengan menggunakan Bantuan MyKasih RM200 sebulan :

BIL.JENIS BARANG
1.Beras
2.Roti
3.Telur
4.Minyak masak
5.Tepung
6.Biskut
7.Mi segera
8.Minuman
9.Makanan dalam tin
10.Bahan perasa
11.Ubat-ubatan
12.Produk kebersihan diri
13.Produk kebersihan rumah
14.Peralatan sekolah
*Untuk mengetahui jenama produk yang boleh dibeli, rujuk label ‘MyKasih’ pada rak tanda harga.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

Antara soalan-soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :

  1. Adakah Bantuan MyKasih RM200 yang belum digunakan pada bulan April, masih boleh digunakan pada bulan seterusnya?
    • Ya, baki Bantuan MyKasih RM200 yang tidak digunakan atau tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bayaran bulan semasa.
  2. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih RM200?
    • Bantuan MyKasih sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 (Rabu).
  3. Bagaimanakah permohonan Bantuan MyKasih RM200?
    • Bantuan MyKasih RM200 hanya diberikan khas kepada golongan miskin dan miskin tegar yang lulus STR serta tersenarai dalam rekod data eKasih.
  4. Bolehkah Bantuan MyKasih RM200 dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai dengan menggunakan Kad Pengenalan sahaja.
  5. Bolehkah saya mengumpul wang Bantuan MyKasih RM200 setiap bulan dan menggunakannya sebelum 31 Disember 2025?
    • Ya boleh. Namun, penerima disarankan membuat pembelian pada setiap bulan.

RUJUKAN

Kesemua maklumat berkaitan Bantuan SARA MyKasih di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih (Berkaitan Bantuan SARA Bulanan). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, sila ajukan kepada :

Leave a Comment