SEMAKAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYKASIH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Penerimaan bantuan tanpa tunai yang dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan dapat memudahkan semua golongan untuk menerima dan menggunakan bantuan bagi pembayaran secara tanpa tunai (cashless).

Bagaimanakah semakan MyKasih RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : EWALLET MYKASIH 2025 RM100 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH PENERIMA MYKASIH RM100 2025

Jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih sebanyak RM100 secara bulanan adalah dianggarkan seramai 3.4 juta penerima yang merupakan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) yang juga penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

JADUAL AGIHAN MYKASIH RM100 2025

Pengagihan Bantuan MyKasih RM100 adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
1.01/04/2025 (Selasa)RM100
2.01/05/2025 (Khamis)RM100
3.01/06/2025 (Ahad)RM100
4.01/07/2025 (Selasa)RM100
5.01/08/2025 (Jumaat)RM100
6.01/09/2025 (Isnin)RM100
7.01/10/2025 (Rabu)RM100
8.01/11/2025 (Sabtu)RM100
9.01/12/2025 (Isnin)RM100

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYKASIH RM100 2025

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima MyKasih RM100 melalui semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI MYKASIH RM100 2025

Sekiranya anda terpilih sebagai penerima MyKasih RM100, semak baki yang ada dalam akaun MyKad anda seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment