SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Keseluruhan bilangan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih sedia ada dan penerima baharu adalah direkodkan seramai 5.4 juta merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan juga bujang.

Bagaimanakah semakan MyKasih SARA? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSARA SEMAKAN : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

KRITERIA PENERIMA MYKASIH MYSARA 2025

Penerima MyKasih SARA dipilih mengikut kategori seperti berikut :

  • Kelayakan Sedia Ada :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah;
      • Bujang; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Baharu :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
      • Isi Rumah; dan
      • Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN MYKASIH MYSARA 2025

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama portal tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KEGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025

Antara kegunaan Bantuan MyKasih SARA adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barangan dapur :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa.
  • Produk kebersihan :
    • Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Barangan persekolahan :
    • Pakaian seragam sekolah, Kasut, beg sekolah dan alat tulis.

HAD PENGGUNAAN MYKASIH MYSARA 2025

  • Penggunaan MyKasih SARA setiap bulan :
    • Setiap bulan, penerima akan disalurkan mengikut jumlah seperti berikut :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMAHAD PENGGUNAAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah Sedia AdaRM100 / RM200
Isi Rumah BaharuRM100
Warga Emas Sedia AdaRM100 / RM150
Warga Emas BaharuRM50
Bujang Sedia AdaRM50
  • Penggunaan MyKasih SARA setahun :
    • Sekiranya penerima tidak menggunakan bantuan pada setiap bulan, bantuan boleh digunakan sehingga jumlah berikut :
KELAYAKAN KATEGORI PENERIMAHAD PENGGUNAAN
SETAHUN
Isi Rumah Sedia AdaRM2,100
Isi Rumah BaharuRM900
Warga Emas Sedia AdaRM1,650
Warga Emas BaharuRM450
Bujang Sedia AdaRM600

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment