SEMAKAN MYKASIH DALAM IC 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA
Pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan melalui IC (Kad Pengenalan) penerima untuk menyokong perbelanjaan keperluan asas penerima secara bulanan, dan boleh digunakan sepanjang tahun 2025 mengikut tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan mykasih dalam ic? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 (2025 BANTUAN)

APA ITU MYKASIH DALAM IC?
MyKasih atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan secara tanpa tunai (cashless) yang disalurkan melalui MyKad/IC (Kad Pengenalan) untuk digunakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai berdaftar, dengan pembayaran menggunakan MyKad/IC.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KADAR BAYARAN MYKASIH DALAM IC
Amaun bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM2,100 | RM100 (Januari – Mac) RM200 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,650 | RM100 (Januari – Mac) RM150 (April – Disember) |
Bujang | RM600 | RM50 (Januari – Disember) |
- Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN | KADAR BAYARAN SETIAP BULAN |
---|---|---|
Isi Rumah | RM900 | RM100 (April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM450 | RM50 (April – Disember) |
SEMAKAN MYKASIH DALAM IC 2025
Semakan Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SENARAI BARANG BOLEH DIBELI
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan di bawah Program SARA seperti:
- Beras;
- Roti;
- Telur;
- Minyak Masak
- Tepung;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Makanan dalam Tin;
- Bahan Perasa;
- Produk Kebersihan Diri;
- Barang Kebersihan Rumah;
- Ubat-Ubatan;
- Barang Keperluan Sekolah;
SENARAI KEDAI TERIMA MYKASIH
Lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti:
- Mydin;
- Giant;
- Econsave;
- Pacific;
- Lotus Stores (Tesco);
Untuk melihat senarai penuh kedai yang terdaftar, anda boleh rujuk di SENARAI KEDAI TERPILIH https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
CARA TEBUS MYKASIH DALAM IC 2025
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
TARIKH AKHIR TEBUS MYKASIH
Setiap baki atau kredit MyKasih yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan hanya sah sehingga 31 Disember 2025. Sebarang kredit yang tidak digunakan selepas tarikh tersebut akan luput secara automatik.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan MyKasih (SARA) 2025:
- Bagaimana cara untuk tahu saya layak MyKasih?
- Anda boleh menyemak status kelayakan di Portal SARA, atau di Portal MySTR.
- Berapa jumlah bantuan MyKasih 2025?
- Jumlah bantuan MyKasih (SARA) ditetapkan berbeza bergantung pada kelayakan penerima iaitu diantara RM50 sehingga RM200 sebulan.
- Bila bayaran MyKasih dikreditkan?
- Bayaran MyKasih dilaksanakan berbeza berdasarkan status penerima dimana penerima berstatus eKasih bermula Januari hingga Disember 2025, manakala penerima STR bukan eKasih bermula April hingga Disember 2025.
- Di mana boleh guna MyKasih?
- Di 7,300 lebih premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
- Jika semakan MyKasih saya tidak lulus, apa yang perlu dibuat?
- Anda boleh kemas kini maklumat di portal STR atau eKasih, atau mengemukan rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]