SEMAKAN MYKASIH 100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN MYKASIH 100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini! Seramai 5.4 juta individu layak menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai april 2025 dengan pengkreditan bulanan melalui MyKad penerima di Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih rm 100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KADAR PENGKREDITAN BULANAN MYKASIH 2025

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
Isi RumahRM200/bulan
(bermula April – Disember)
RM100/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulan
(bermula April – Disember)
RM50/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

SYARAT PENERIMA MYKASIH RM 100 SEBULAN 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan MyKasih RM100:

  • Berstatus Bukan eKasih;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori Isi Rumah;

MANFAAT BANTUAN MYKASIH RM 100

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan menikmati elaun bulanan (mengikut jumlah kelayakan individu) yang akan dikreditkan ke MyKad (IC) untuk membeli 14 Kategori Produk Barangan Keperluan Asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, barangan persekolahan, dan barangan kebersihan rumah di pasar raya dan kedai yang terpilih.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM 100

Status kelayakan penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) portal berikut:

Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

PANDUAN LENGKAP CARA GUNA KREDIT MYKASIH RM 100

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas menggunakan kredit bulanan seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk asas yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN MYKASIH RM 100

Baki Bantuan RM100 dalam MyKad penerima boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun dan akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment