SEMAKAN MYKAD MADANI 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Terkini, MyKad rakyat Malaysia boleh digunakan untuk pelbagai transaksi tanpa tunai (cashless), termasuk dengan penerimaan kredit bantuan tanpa tunai (cashless) Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada setiap bulan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI.
Bagaimanakah semakan MyKad MADANI? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
MANFAAT BANTUAN MYKAD MADANI 2025
Antara manfaat yang diperoleh daripada Bantuan MyKad MADANI adalah :
- Bantuan dikreditkan dalam MyKad penerima pada setiap bulan secara automatik;
- Penerima boleh menggunakan MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas;
- Boleh digunakan di mana-mana 1,200 kedai terpilih seluruh Malaysia;
- Mudah dan selamat digunakan kerana tanpa tunai (cashless);
- Baki yang tidak digunakan setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
AMAUN DIKREDITKAN MYKAD MADANI 2025
Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad setiap bulan adalah mengikut amaun berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- RM100 setiap bulan (Jan – Mac) dan RM200 setiap bulan (Apr – Disember).
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin :
- RM100 setiap bulan (April – Disember)
- Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar :
- Kategori Bujang :
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
- RM50 setiap bulan (Januari – Disember)
- Bujang Miskin & Miskin Tegar :
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
- RM100 setiap bulan (Januari – Mac) dan RM150 setiap bulan (April – Disember).
- Warga Emas Asas Bukan Miskin :
- RM50 setiap bulan (April – Disember).
- Warga Emas Miskin & Miskin Tegar :
SEMAKAN STATUS MYKAD MADANI 2025
Layari pautan laman web rasmi https://mykasih.com.my untuk semakan status penerima Bantuan MyKad MADANI. Ikuti panduan cara semak status seperti berikut :
- Pada halaman utama, sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad Tidak Wujud Dalam Sistem’. Layari laman portal STR untuk semakan status.
SEMAKAN BAKI MYKAD MADANI 2025
Baki Bantuan dalam MyKad hanya boleh disemak melalui aplikasi MyKasih. Ikuti panduan cara menyemak baki dalam MyKad seperti berikut :
- Buka aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Seterusnya, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA MYKAD MADANI 2025
- Kunjungi kedai atau pasaraya terpilih berdekatan anda.
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli.
- Pada kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran perlu dilakukan dengan menyentuh MyKad dan memasukan 6 digit nombor Pin.
- Selesai.
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi kadar bantuan dalam MyKad.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.