SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Keputusan UPU yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT adalah muktamad kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan permohonan.

Bagaimanakah semakan keputusan UPU? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025

Portal UPUOnline dan aplikasi UPUPocket kini dibuka bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat semakan keputusan dan mengesahkan tawaran mengikut tarikh seperti berikut :

TARIKH SEMAKAN DIBUKATARIKH SEMAKAN DITUTUP
Bermula 16 Jun 2025
12:00 tengah hari
Sehingga 25 Jun 2025
5:00 petang

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025

Berikut adalah panduan cara semak keputusan UPU di Portal UPUOnline dan di aplikasi UPUPocket :

Cara Semakan Keputusan UPUOnline :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan di bawah :
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Cara Semakan Keputusan UPUPocket :

  1. Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Log Masuk menggunakan ID pelajar yang didaftarkan.
  4. Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
  5. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  6. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
  7. Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
  8. Selesai.

PENGESAHAN KEPUTUSAN TAWARAN UPU 2025

Pelajar yang ditawarkan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik / Kolej Komuniti / MARA BPT dalam bidang yang dimohon perlu mengesahkan keputusan ‘Setuju Terima Tawaran’ dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan keputusan, pelajar dianggap menolak tawaran.

PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025

Bagi pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my/.

Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, calon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.

*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment