SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE : SEMAK RESULT SPM TERKINI SEKARANG
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) dan setiap calon yang menduduki peperiksaan boleh mula memperoleh keputusan daripada sekolah masing-masing bermula 10.00 pagi atau mengikut waktu yang ditetapkan. Namun, keputusan boleh juga disemak secara atas talian (online).
Bagaimanakah semakan keputusan peperiksaan SPM online? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JLKN SEMAKAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SESI 2025
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 telah dikeluarkan. Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula 10.00 pagi. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara atas talian (online).
TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2024
Tarikh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi. Namun, untuk semakan keputusan secara atas talian (online) boleh disemak bermula 10.00 pagi 24 April 2025 (Khamis) sehingga jam 6.00 petang 30 April 2025 (Rabu)
KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM ONLINE
Terdapat dua (2) kaedah semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara atas talian (online), iaitu melalui ;
- Secara atas talian (online) melalui pautan : myresultspm.moe.gov.my; atau
- Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS) : Hantar SMS ke 15888.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE
Ikuti cara semakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut :
- Cara Semakan Melalui Pautan :
- Layari pautan laman web rasmi : myresultspm.moe.gov.my.
- Halaman semakan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor angka giliran.
- Masukkan juga nombor kad pengenalan diri pelajar.
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Melalui SMS :
- Buka Mesej dalam telefon bimbit anda.
- Klik pada [Cipta Mesej Baru].
- Masukkan nombor 15888.
- Kemudian taip SPM<jarak>Nombor Kad Pengenalan<jarak>Nombor Angka Giliran.
- Contoh : SPM 06023011234 WY18270A
- Klik butang [Hantar].
- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui SMS.
- Selesai.
*Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melajar kecemerlangan pada masa hadapan.
TAKRIFAN GRED KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM / UPBA
Berikut dikongsikan takrifan gred pada slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
- A+ : Cemerlang Tertinggi.
- A : Cemerlang Tinggi.
- A- : Cemerlang.
- B+ : Kepujian Tertinggi.
- B : Kepujian Tinggi.
- B- : Kepujian Atas.
- C : Kepujian.
- D : Lulus Atas.
- E : Lulus.
- G : Gagal.
- Keputusan ditahan / dibatal :
- Catatan ‘Digantung’ menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan ‘Dibatalkan’ menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan ‘X’ dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan ‘T’ :
- Catatan ‘T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Keputusan SPM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my.