SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI : CHECK STATUS SEKARANG SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAWARAN
Calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bumiputera yang memperoleh keputusan yang cemerlang layak untuk menyertai program persediaan (prauniversiti) di Kolej Matrikulasi KPM dalam bidang sains, teknologi dan professional sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Bagaimanakah semakan keputusan tawaran Matrikulasi? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CHECK RESULT PEPERIKSAAN ONLINE : SEMAK KEPUTUSAN SPM TERKINI SEKARANG
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025
Keputusan permohonan kemasukan matrikulasi bagi pengajian sesi 2025/2026 kini boleh di semak secara dalam talian bermula 21 MEI 2025, RABU (hari ini), jam 10.00 pagi di Portal Rasmi Matrikulasi https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2025 SECARA ONLINE
Status keputusan kemasukan matrikulasi 2025 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
- Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
- Klik pada tiga (3) garis di sebelah kanan atas.
- Kemudian, pilih menu semakan.
- Klik pada [Semakan Keputusan Calon Jaya].
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Masuk].
- Status keputusan akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN SENARAI JURUSAN MATRIKULASI 2025
Berikut merupakan senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi :
- Jurusan Sains;
- Jurusan Kejuruteraan;
- Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
- Jurusan Sains Komputer
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN MATRIKULASI 2025
Syarat kelayakan permohonan Matrikulasi adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Merupakan calon lepasan SPM semasa;
- Berusia tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
Setiap jurusan pengajian Kolej Matrikulasi ditetapkan dengan syarat kelayakan yang berbeza, untuk mengetahui syarat kelayakan setiap jurusan dengan lanjut, sila semak pada pautan di bawah : https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Bahagian%20dan%20Unit/Bahagian%20Matrikulasi/Program%20Matrikulasi%2013022025.pdf
KADAR YURAN KEMASUKAN MATRIKULASI 2025
Perincian kadar bayaran yuran bagi pengajian Matrikulasi tahun 2025 seperti berikut:
JENIS JURUSAN YURAN | PENGAJIAN DUA SEMESTER | YURAN PENGAJIAN EMPAT SEMESTER |
---|---|---|
Sains | RM599 | Semester I : RM599 Semester II : RM284 |
Kejuruteraan | RM599 | – |
Perakaunan | RM546 | – |
Perakaunan Profesional (JPPro)** | RM546 | – |
Bayaran tambahan RM0.60 dikenakan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bayaran tambahan untuk JPPro : Semester I RM600.00 (untuk pembelian buku) dan Semester II bagi setiap kertas ACCA akan ditanggung oleh pelajar mengikut kadar semasa.
BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR MATRIKULASI 2025
Setiap pelajar yang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) iaitu bawah RM10,000, layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup Pelajar (BSHP) yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelajar sebanyak RM1,250 bagi setiap semester.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- e-Mel : [email protected]; atau
- Talian Bantuan : 03-8884 4083 / 4042 / 4098
- Laman Web Rasmi : https://matrikulasi.moe.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi?fbclid=IwAR0vmlP1WBXHIYk2YOhdol9KHSlwSmcAX-tQQqKVoApep_wR-3oQwomdlcM