SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95 : SEMAK STATUS INDIVIDU SAMA ADA LAYAK KE TIDAK
Terkini! Seramai 1.6 juta rakyat Malaysia bakal menerima Subsidi Petrol RON95 melalui Program Budi MADANI RON95 (BUDI95), dengan kadar harga subsidi RM1.99 seliter.
Bagaimanakah semakan status budi madani ron95 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BUDI MADANI RON95 2025 : SEMAKAN STATUS INDIVIDU

MAKLUMAT TERKINI KELAYAKAN SUBSIDI RON95
Berikut merupakan beberapa maklumat penting mengenai Subsidi RON95, antaranya adalah :
- Harga subsidi RON95 ditetapkan RM1.99 seliter, dan akan dilaksanan secara rasmi kepada semua rakyat yang layak bermula 30 September 2025.
- Indivdiu yang tidak layak atau bukan warganegara, harga minyak adalah mengikut harga pasaran tanpa subsidi iaitu RM2.60 seliter.
- Had maksimum kenderaan awam adalah sebanyak 300 liter.
- Pemandu e-hailing diberikan pengecualian had maksimum.
- Semakan status kelayakan di Portal Rasmi Budi Madani boleh disemak bermula 25 September 2025.
SIAPA YANG LAYAK?
Kelayakan penerima Subsidi RON95 adalah seperti berikut:
- Semua Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 tahun dan ke atas;
- Memiliki lesen memandu yang SAH berdaftar JPJ;
- Lesen memandu yang aktif (masih SAH);
Catatan : Tiada sebarang permohonan diperlukan, individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima subsidi petrol RON95 secara automatik.
KAEDAH SEMAKAN
Semakan status kelayakan boleh dibuat melalui beberapa kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi Budi Madani;
- Aplikasi Digital dan Aplikasi Syarikat Minyak (Seperti Touch n’ Go, Setel, CaltexGo);
- Menggunakan MyKad di Stesen Minyak atau Terminal Pam Minyak.
SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI RON95
Status Kelayakan BUDI MADANI RON95 di Portal Rasmi boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari laman Portal Rasmi BUDI MADANI di pautan berikut : https://www.budi95.gov.my/landing/
- Anda akan dibawa ke laman utama Semak Kelayakan.
- Tekan butang “Semak Kelayakan Individu”.
- Seterusnya, masukkan No.MyKad anda diruangan yang telah disediakan.
- Klik butang “Semak Kelayakan’.
- Status “LAYAK” akan dipaparkan sekiranya anda layak untuk kategori INDIVIDU.
- Selesai.
PERKARA PENTING
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diingatkan sebelum membuat tuntutan Subsidi Petrol RON95, antaranya:
- Pastikan MyKad anda berfungsi dengan baik untuk pengesahan kelayakan;
- Kelayakan penerima Subsidi RON95, RM1.99 seliter hanya terhad kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
- Penggunaan melebihi kuota yang ditetapkan (300 liter sebulan) perlu membayar petrol RON95 pada harga pasaran penuh.
SEMAKAN TARIKH SUBSIDI RON95
Pelaksanaan penyasaran Subsidi minyak Petrol RON95 dengan kadar RM1.99 seliter akan berkuatkuasa pada penghujung bulan September 2025 seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PELAKSANAAN | HARGA SELEPAS SUBSIDI (RM) |
---|---|---|
Warga Polis & Tentera | 27 September 2025 (Sabtu) | RM1.99/Liter |
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 28 September 2025 (Ahad) | RM1.99/Liter |
Semua Warganegara Malaysia (Orang Awam dan Bukan Penerima STR) | 30 September 2025 (Selasa) | RM1.99/Liter |
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SUBSIDI RON95:
- Bila semakan kelayakan boleh dibuat?
- Status kelayakan penerima boleh disemak bermula 25 September 2025 di Portal Rasmi Budi Madani.
- Berapa harga subsidi RON95 yang layak?
- Harga ditetapkan adalah RM1.99 seliter (Petrol RON95).
- Adakah subsidi diberikan secara automatik atau perlu memohon?
- Kelayakan adalah secara automatik menggunakan MyKad tanpa sebarang permohonan diperlukan.
- Apa berlaku jika MyKad saya rosak atau cip tidak dapat dibaca?
- Anda perlu menggantikan MyKad di JPJ sebelum membuat pengesahan MyKad di Stesen Minyak.
- Bolehkah bukan warganegara menikmati subsidi ini?
- Tidak. Subsidi ini khusus untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.
- Adakah subsidi RON95 mempunyai had liter bulanan?
- Ya, had maksimum adalah 300 liter sebulan. Sebarang tambahan liter akan dikenakan bayaran harga pasaran. Namun, pemandu e-hailing diberikan pengecualian had.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan untuk Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang dirujuk daripada Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF). Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 1300-88-9595
- WhatsApp : +603-2631 4595
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.budi95.gov.my/