SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI PETROL (RON95)
Pelbagai manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Subsidi Petrol RON95 yang terbaru oleh Kerajaan MADANI yang hanya diberikan khas kepada rakyat Malaysia dengan pengesahan menggunakan MyKad sahaja. Ianya merupakan sebuah keistimewaan kepada rakyat Malaysia.
Ketahui cara semakan kelayakan Subsidi Petrol yang mudah di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

KRITERIA KELAYAKAN SUBSIDI PETROL
Subsidi Petrol bukanlah diberikan secara rawak kepada semua rakyat. Namun, ianya diberikan berdasarkan kriteria kelayakan berikut :
SYARAT KELAYAKAN | KRITERIA PENERIMA |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Had umur | 16 tahun dan ke atas |
Status Lesen | Sah dan masih aktif |
Kadar Pendapatan | Tidak terhad |
Jenis Kenderaan | Kereta atau motorsikal |
SENARAI STESEN MINYAK BOLEH GUNA SUBSIDI PETROL
Berikut merupakan antara senarai stesen-stesen minyak yang boleh guna Subsidi Petrol :
- PETRONAS ✅
- BHPetrol ✅
- Caltex ✅
- Shell ✅
- Petron ✅
- BuraqOil ✅
TARIKH GUNA SUBSIDI PETROL
Subsidi Petrol boleh digunakan secara berperingkat mengikut tarikh berikut :
- 300 ribu anggota Polis & Tentera : Bermula 27 September 2025 (Sabtu);
- Penerima STR golongan B40 : Bermula 28 September 2025 (Ahad);
- Semua Rakyat Malaysia yang layak : Bermula 30 September 2025 (Selasa).
*Subsidi Petrol boleh digunakan setiap bulan.
SEMAKAN KELAYAKAN SUBSIDI PETROL
Penting untuk tahu kelayakan untuk mendapatkan Subsidi Petrol RON95, ikuti cara semakan kelayakan seperti berikut :
Semak Kelayakan Di Kaunter :
- Kunjungi mana-mana stesen minyak terdekat anda.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk semak status anda.
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak Kelayakan Di Aplikasi :
- Muat turun salah satu aplikasi milik syarikat minyak seperti :
- Setel;
- Touch n Go (TnG);
- CaltexGo;
- Petron;
- Bonuslink.
- Buka aplikasi tersebut.
- Daftar akaun anda.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Lengkapkan maklumat anda.
- Klik pada butang [Verify BUDI MADANI].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA ISI MINYAK PETROL GUNA SUBSIDI
Minyak Petrol RON95 boleh diisi seperti biasa, namun bagi penerima Subsidi boleh membuat isian melalui dua (2) cara iaitu :
Isi Minyak Petrol Guna Subsidi Melalui Kaunter :
- Pergi ke Stesen minyak yang berdekatan anda.
- Di kaunter bayaran, berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas MyKad anda .
- Sekiranya anda layak, status dipaparkan dengan harga RM1.99 / liter.
- Bayar secara tunai / kad kredit / kad debit / QR ikut liter yang anda mahukan.
- Contoh : 10 liter = RM19.90 (yang perlu dibayar).
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
Isi Minyak Petrol Guna Subsidi Melalui Pam :
- Pergi ke Stesen minyak yang berdekatan anda.
- Masukkan MyKad pada mesin yang disediakan di pam.
- Tunggu pengesahan MyKad anda.
- Sekiranya anda layak, anda akan dipaparkan dengan harga RM1.99 / liter.
- Masukkan amaun liter yang anda mahukan.
- Bayar guna kad kredit / kad debit.
- Contoh : 10 liter = RM19.90.
- Isi minyak seperti biasa.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI PETROL
- Kenapakah Subsidi Petrol dilaksanakan hanya kepada rakyat Malaysia yang layak?
- Kerana untuk mengelakkan berlaku pembaziran subsidi dan mengekang aktiviti penyeludupan.
- Bagaimanakah cara mohon Subsidi Petrol?
- Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana ianya diberikan secara automatik kepada rakyat yang memenuhi kelayakan.
- Berapakah yang perlu dibayar sekiranya mengisi 10 liter dengan subsidi?
- Sekiranya anda mengisi 10 liter, anda perlu membayar petrol dengan harga subsidi sebanyak RM1.99 x 10 = RM19.90 sahaja.
- Bolehkah terus isi minyak dengan subsidi tanpa masukkan MyKad dalam mesin untuk pengesahan?
- Penerima perlu membuat pengesahan MyKad terlebih dahulu sebelum buat isian guna subsidi.
- Bolehkah dapatkan minyak petrol secara percuma guna MyKad?
- Pengisian minyak petrol RON95 dengan MyKad adalah TIDAK disediakan.
INFO LANJUT
Segala informasi di atas dirujuk daripada maklumat terkini oleh Siaran Media Kementerian Kewangan. Oleh itu untuk info lebih terperinci, sila rujuk di sini : https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/budi95-pastikan-penyasaran-subsidi-ron95-manfaat-rakyat.