SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD

SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD

Seramai 22 juta warganegara Malaysia layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 ONE-OFF pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi pembelian barangan keperluan harian.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak penghargaan sara rm100 one-off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MY SARA RM100 : SEMAK BANTUAN ONE OFF DALAM IC

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

Catatan : Bantuan RM100 ONE-OFF akan disalurkan secara automatik kepada SETIAP rakyat dewasa Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA KREDIT BAYARAN SARA

Bantuan SARA akan disalurkan ke dalam Mykad (Kad Pengenalan) penerima untuk dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar, bagi mendapatkan lebih 100,000 jenis Barangan Keperluan dalam 14 kategori barang yang diluluskan di bawah Program SARA seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mee segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

SEMAKAN KADAR KELAYAKAN SARA

Jumlah bantuan SARA 2025 yang disalurkan dalam MyKad penerima yang layak adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & BERSTATUS eKasih
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM2,100RM100 (Januari – Mac)
RM200 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM1,650RM100 (Januari – Mac)
RM150 (April – Disember)
Bujang
(STR & eKasih)
RM600RM50 (Januari – Disember)
  • Lulus STR Sahaja (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah
(STR Sahaja)
RM900RM100 (April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR Sahaja)
RM450RM50 (April – Disember)

TARIKH KREDIT SARA

Penyaluran bantuan SARA setiap bulan kepada penerima yang layak adalah mengikut jumlah yang telah ditetapkan berdasarkan kategori masing-masing seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH MULA BAYARANTARIKH AKHIR BAYARAN
Lulus STR & Berstatus eKasihJanuari 2025Disember 2025
Lulus STR SahajaApril 2025Disember 2025

Catatan : Penghargaan SARA RM100 ONE-OFF akan disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 31 Ogos 2025, dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Selain semakan status kelayakan, Portal Rasmi SARA juga boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti senarai premis runcit berdaftar dan panduan pembelian barangan SARA.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PENGHARGAAN%20SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA).pdf

1 thought on “SEMAKAN KELAYAKAN SARA RM100 : PENGHARGAAN ONE OFF DALAM MYKAD”

Leave a Comment