SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun ini bukan sahaja boleh membuat pembelian barangan dapur, malah bole juga membuat pembelian keperluan asas lain, seperti produk kebersihan, ubat-ubatan serta barangan sekolah anak.

Bagaimanakah semakan kelayakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH 100 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH 2025

Bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia, jumlah penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih diperluaskan pada setiap tahun, seperti berikut :

TAHUN PEMBERIANJUMLAH PENERIMA
20230.2 juta penerima
(Miskin Tegar)
20240.7 juta penerima
(Miskin dan Miskin Tegar)
20255.4 juta penerima
(Miskin, Miskin Tegar dan Bukan Miskin)

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) syarat kelayakan penerima SARA MyKasih, iaitu :

  • SARA Daftar e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Bukan e-Kasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sama ada layak atau tidak tidak Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah bergantung kepada penerima seperti berikut :

PENERIMA SARA DAFTAR E-KASIHPENERIMA SARA BUKAN E-KASIH
Isi Rumah :
RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan)
Isi Rumah :
RM900 setahun
(RM100 sebulan)
Bujang :
RM600 setahun
(RM50 sebulan)
Bujang :
Tiada
Warga Emas :
RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan)
Warga Emas :
RM450 setahun
(RM50 sebulan)

MEDIUM BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Medium bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih telah diselaraskan seperti berikut :

NEGERI-NEGERI PENERIMAMEDIUM BAYARAN BANTUAN
W.P Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor,
Melaka, Negeri Sembilan, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis,
Sabah, Sarawak dan W.P Labuan
Dibayar secara tanpa tunai (cashless)
pada setiap bulan melalui kad pengenalan
(MyKad) penerima khas untuk pembelian
barangan keperluan asas setiap bulan.

TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :

BAYARAN KEPADA PENERIMA
SARA DAFTAR E-KASIH
BAYARAN KEPADA PENERIMA
SARA BUKAN E-KASIH
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment