SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan negara dan tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Bagaimanakah semakan kelayakan SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN MYSALAM : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

JUMLAH PENERIMA LAYAK SARA MYKASIH 2025

Penerima yang layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun ini adalah seramai 5.4 juta, merangkumi :

  • 700,000 ribu penerima sedia ada;
  • 4.7 juta penerima baharu.

SEMAKAN KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Ikuti cara semakan kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih pada tahun ini seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi SARA MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

KADAR BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah bergantung kepada kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada :
    • Isi Rumah akan menerima bayaran sebanyak RM2,100 setahun;
    • Warga Emas akan menerima bayaran sebanyak RM1,650 setahun;
    • Bujang akan menerima bayaran sebanyak RM600 setahun.
  • Penerima Baharu :
    • Isi Rumah akan menerima bayaran sebanyak RM900 setahun;
    • Warga Emas akan menerima bayaran sebanyak RM450 setahun.

KAEDAH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia melalui kaedah berikut :

  • Dibayar secara automatik terus ke dalam kad pengenalan (KP) penerima pada setiap bulan dan penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan kad pengenalan (KP).

TEMPOH BAYARAN SARA MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih adalah selama berikut :

  • Penerima sedia ada akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih selama 12 bulan bermula pada 15 Januari 2025 dan setiap 1 hari bulan setiap bulan sehingga pada 1 Disember 2025.
  • Penerima baharu akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih selama 9 bulan bermula pada 1 April 2025 sehinga 1 Disember 2025.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment