SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Hanya ketua isi rumah (KIR) yang berkelayakan sahaja layak untuk menerima pengkreditan Bantuan Dalam MyKad sebanyak RM200 setiap bulan bagi sepanjang tahun ini bermula pada bulan April sehingga pada bulan Disember.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad RM200 setiap bulan? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Tarikh pengkreditan Bantuan Dalam MyKad RM200 setiap bulan adalah seperti berikut :
- 01/04/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/05/2025 (Khamis) : RM200.
- 01/06/2025 (Ahad) : RM200.
- 01/07/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/08/2025 (Jumaat) : RM200.
- 01/09/2025 (Isnin) : RM200.
- 01/10/2025 (Rabu) : RM200.
- 01/11/2025 (Sabtu) : RM200.
- 01/12/2025 (Isnin) : RM200.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima Bantuan Dalam MyKad RM200 setiap bulan :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Status kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad RM200 setiap bulan boleh disemak melalui portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI BANTUAN DALAM MYKAD RM200 SETIAP BULAN 2025
Baki yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.